◉ HEADLINES

80% daripada 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan lulus: Saifuddin

Permohonan selebihnya ditolak kerana permohonan tidak lengkap dan tidak melepasi tapisan keselamatan

6:01 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan membabitkan individu bawah 21 tahun sudah diberi keputusan setakat 7 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, 80% permohonan diluluskan manakala selebihnya ditolak kerana permohonan tidak lengkap dan tidak melepasi tapisan keselamatan.

“Permohonan lengkap yang telah selesai kita proses, mereka akan mendapat notifikasi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan apabila mereka mendapat surat itu barulah mereka boleh melakukan proses selanjutnya.

“Mereka kena datang JPN, buat sejumlah bayaran, akan dikeluarkan sijil kewarganegaraan dan kemudian boleh keluar dokumen diri berkaitan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan surat keputusan kewarganegaraan kepada seramai 35 kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia di luar negara.

Kanak-kanak yang berusia antara enam hingga 16 tahun itu dilahirkan di pelbagai negara seperti Kanada, Denmark, China, Hong Kong, Taiwan, India serta Qatar.

Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: 

‘Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau bapa atau penjaga mana-mana orang yang di bawah umur 21 tahun, Kerajaan Persekutuan boleh menyebabkan orang itu didaftarkan sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapanya adalah sekarang (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara’.

Mengulas lanjut, Saifuddin mahu pemohon menghantar permohonan lengkap bagi memudahkan proses kelulusan.

“Dokumen mesti dokumen yang sah. Kalau permohonan itu melibatkan anak lahir luar negara, pastikan bawa anak. Jangan anak tinggal di England, mak dia mohon di sini, tak boleh,” katanya. – 19 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related