HEADLINES

[KEMAS KINI] Keputusan tidak rasmi: BN rampas Nenggiri, majoriti lebih 3,000 undi

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan BN memenangi 17 daripada 20 PDM yang sudah selesai pengiraan dengan majoriti 3,372 undi

8:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti lebih 3,372 undi.

BN memperoleh 9,113 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail mendapat 5,741 undi.

Keputusan tidak rasmi itu dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kemas kini di Facebooknya.

“BN memenangi 17 daripada 20 PDM yang sudah selesai pengiraan undi. BN mendahului dengan majoriti 3,372 undi,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 20 pusat pengundian bagi PRK Nenggiri dibuka serentak pada jam 8 pagi ini.

Daripada jumlah pusat pengundian itu, 14 pusat pengundian dibuka sehingga jam 6 petang dan enam pusat pengundian ditutup lebih awal.

Empat pusat mengundi ditutup jam 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala dua lagi ditutup 3 petang iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.

Proses penjumlahan undi dijalankan di Dewan Perdana, Majlis Daerah Gua Musang dan SPR menjangkakan keputusan dapat diumumkan seawal jam 9 malam.

PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail. – 17 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia tightens social media rules with eKYC: Fahmi

MCMC set to enforce minimum age of 16 for new accounts; enforcement date to be announced soon

Selangor 80% ready for Sukma 2026, key venues must be ready by April: Najwan

The Selangor youth, sports and entrepreneurship committee chairman says the state is targeting full readiness by April

SPA targets 30,000 civil service appointments in 2026

Chairman Ahmad Jailani says new target exceeds last year’s 25,000, ensuring continuity in public service delivery

Related