HEADLINES

Malaysia kutuk serangan kejam Israel ke atas Kem Jabalia di Gaza

Susulan itu, Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk menuntut rejim Israel menghentikan tindakan keji dan tidak berperikemanusiaan itu

9:14 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk dengan keras tindakan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Israel menyerang Kem Pelarian Jabalia, kem pelarian terbesar di Gaza.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu pada Rabu lalu membunuh beratus orang dan mencederakan lebih banyak lagi nyawa yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak.

“Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim yang telah lama melanggar dan mengabaikan undang-undang antarabangsa serta menolak banyak resolusi Majlis Keselamatan PBB.

“Tempat yang sepatutnya memberi perlindungan dan bantuan kini menjadi kubur nyawa yang tidak berdosa.

“Serangan yang disengajakan sebelum matahari terbenam mencerminkan perbuatan kejam untuk membunuh, melukai, dan menyakitkan sebanyak mungkin orang Palestin, tanpa mengira umur atau jantina,” katanya.

Malaysia sekali lagi menggesa komuniti antarabangsa, PBB dan khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk menuntut rejim Israel menghentikan tindakan keji dan tidak berperikemanusiaan seperti ini oleh Israel serta tindakannya mengetatkan dasar apartheid terhadap rakyat Palestin.

Malaysia terus berpegang teguh pada pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mendirikan negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan-sempadan sebelum tahun 1967, dengan Jerusalem Timur sebagai ibu kotanya.

Lebih daripada 9,000 orang awam Palestin terbunuh dalam pencerobohan Israel sejak konflik bermula pada 7 Oktober lalu, termasuk kira-kira 200 yang meninggal dalam insiden serangan udara di kem pelarian Jabalia.

Lebih daripada 32,000 yang lain cedera, dan lebih daripada 2,000 masih hilang sejak konflik bermula. – 4 November, 2023

Topics

 

Hangat

Bekas pengerusi NGO didakwa seleweng RM207,000 dana misi kemanusiaan termasuk Palestin

Tertuduh didakwa menyalahgunakan dana yang sepatutnya digunakan untuk misi kemanusiaan luar negara yang dijalankan dengan kerjasama NGO di Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin

Who’s responsible? Sentul LRT washroom falls outside Prasarana’s scope: Sources

Safety concerns rise after voyeurism case highlights facility outside operator’s control, prompting calls for clearer accountability and improved security at older stations

Banjir lumpur: DBKL keluar perintah henti kerja di Bukit Kiara

Kerja-kerja pembangunan cerun itu tidak lagi dibenarkan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kawalan sebaliknya mesti dilaksanakan secara berfasa dan terkawal

Related