HEADLINES

Abdullah Sani pertahan bawa senjata api ‘bukan hanya stadium, saya bawa ke mana saya pergi’

Jelas Abdullah, beliau juga adalah pemegang lesen senjata api sejak 2012 dan memiliki senjata api, justeru ia tidak boleh ditinggal di sembarangan tempat

8:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Klang, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mempertahan tindakan beliau membawa senjata api, seperti tular di media sosial.

Jelas Abdullah, beliau juga adalah pemegang lesen senjata api sejak 2012 dan memiliki senjata api, justeru ia tidak boleh ditinggal di sembarangan tempat.

“Sebagai pemegang lesen senjata api sejak 2012 dan memiliki senjata api, senjata tersebut tidak boleh ditinggal disembarangan tempat dan hendaklah sentiasa berada dalam jagaan saya.

“Jadi bukan hanya stadium, saya bawa kemana sahaja saya pergi,’’ katanya menerusi aplikasi X hari ini.

Tular di media sosial yang menunjukkan senjata api diletakkan di pinggang Abdullah Sani pada satu sidang media di Stadium Cheras.

Abdullah Sani adalah pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Klip video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama mereka yang bimbang akan keselamatan ramai dan ada yang mempersoalkan kenapa ia dibawa ke sidang media. – 29 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Three JDT players banned following FIFA ruling: MFL CEO

League to enforce suspensions as FAM prepares appeal over FIFA’s ruling on heritage player

End of Bumiputera majority stake? Sunway makes RM3.15 per share takeover offer for IJM Corp

Despite earlier denials, Sunway’s bid to acquire IJM Corp could reshape Malaysia’s construction sector

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related