HEADLINES

‘Sentiasa berhati-hati sepanjang masa, jangan alpa’ nasihat pemandu e-hailing wanita

Ketika menceritakan pengalamannya, Siti Fatimah berkata, dia akan membawa penumpang sehingga jam 9 malam sahaja setiap hari kerana keselamatan diri perlu diberikan keutamaan

10:08 AM MYT

 

PETALING JAYA – ‘Sentiasa amalkan sikap berjaga-jaga’ demikian nasihat seorang pemandu e-hailing wanita, Siti Fatimah Badrun kepada wanita yang ingin menceburi bidang berkenaan.

Siti Fatimah, yang juga seorang pemandu e-hailing Orang Kelainan Upaya (OKU) berkata, dia menjadi pemandu Grab kerana pendapatan yang diperolehinya tiga kali ganda melebihi pekerjaan sebelum ini, iaitu di sebuah syarikat pengurusan di ibu kota.

27082024  - Grab partner interviews.  RIDUAN RIZAL AHMAD
Pemandu e-hailing OKU wanita, Siti Fatimah Badrun memilih kerjaya ini berbanding ketika bekerja di sebuah syarikat di ibu kota kerana pendapatan yang diperoleh adalah tiga kali ganda. – Gambar Riduan Rizal Ahmad/Scoop, 1 September, 2024

Ketika menceritakan pengalamannya, Siti Fatimah berkata, dia akan membawa penumpang sehingga jam 9 malam sahaja setiap hari kerana keselamatan diri perlu diberikan keutamaan.

“Memang menjadi pemandu e-hailing ini ialah membawa orang yang kita tidak kenal. Kadang-kadang timbul perasaan takut walaupun orang itu nampak baik tapi kita perlu sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga.

“Saya sebenarnya paling takut bawa penumpang dalam keadaan mabuk tetapi sehingga kini pengalaman saya semua baik-baik sahaja dengan mereka,’’ katanya ketika ditemui Scoop baru-baru ini.

Dalam pada itu, seorang lagi ‘rider’ penghantaran wanita, Nurasma Omar, 34, dari Cheras berkata, jaminan keselamatan maksimum yang dijanjikan Grab merupakan antara faktor dia tidak berasa bimbang ketika keluar mencari rezeki.

Namun ibu kepada seorang cahaya mata ini, tetap mengambil langkah berhati-hati dan tidak alpa ketika menjalankan tugasan agar perjalanan hariannya berjalan kancar tanpa sebarang insiden.

27082024  - Grab partner interviews.  RIDUAN RIZAL AHMAD
Seorang ‘rider’ penghantaran wanita, Nurasma Omar, berkata, jaminan keselamatan yang dijanjikan antara faktor dia tidak bimbang keluar mencari rezeki. – Gambar Riduan Rizal Ahmad/Scoop, 1 September, 2024

“Saya suka bekerja dengan Grab sebab bila kita ada masalah, dekat sistem mereka akan direct dengan emergency contact sekiranya kita tekan butang tersebut,’’ katanya.

Jelasnya, Grab memperkenalkan satu butang khas kecemasan di mana pemandu serta rakan penghantar perlu memasukkan beberapa nombor ahli keluarga terdekat untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan ketika sedang bekerja.

Kemudian, Grab akan menghantar satu mesej khas kepada emergency contact tersebut tentang keberadaan pemandu dan rakan penghantar untuk memastikan mereka sentiasa alert akan pergerakan ahli keluarga tersebut ketika keluar bekerja mencari rezeki. – 2 September, 2024

Topics

 

Hangat

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

BDS Malaysia says has never called for boycott of KFC

NGO chief says customers snubbing fried chicken franchise mainly due to prices

Malaysia’s Cyber and Electronic Defence Command to launch with drones and AI integration

The shift towards a 'smart military' includes automated systems and enhanced cyber capabilities

Related