◉ HEADLINES

‘Patut gesa pemimpin PAS, Bersatu ada kes mahkamah bercuti’ Umno Kedah bidas Tuan Ibrahim

Ketua Umno bahagian Merbok itu berkata, PAS seolah-olah tidak dapat menerima hakikat malah masih sakit hati apabila Umno membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH)

4:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sepatutnya membuat gesaan bercuti terhadap pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang berhadapan dengan pelbagai kes mahkamah termasuk rasuah dan 3R (kaum, agama dan raja).

Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin membidas Tuan Ibrahim yang disifatkan tidak adil apabila menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas.

“Kenapa seruan Tuan Ibrahim hanya dihalakan terhadap Ahmad Zahid? Alangkah tidak adil apabila gesaan itu hanya dibuat terhadap pihak lawan tapi tidak pula dibuat terhadap ‘geng’ sendiri.

“Saya ingin menggesa Tuan Ibrahim supaya beliau turut membuat gesaan cuti terhadap pemimpin PAS dan Bersatu yang sedang menghadapi kes di mahkamah dan juga yang sedang disiasat.

“Sebagai contoh Memteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang naik turun mahkamah apabila dituduh berkaitan kes 3R.

“Begitu juga Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) berkait kes pecah amanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Umno bahagian Merbok itu berkata, PAS seolah-olah tidak dapat menerima hakikat malah masih sakit hati apabila Umno membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, ini termasuk dakwaan kononnya Ahmad Zahid memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Kenyataan Tuan Ibrahim dan PAS hanya menunjukkan mereka sakit hati melihat Umno membentuk kerajaan manakala Pas yang memenangi banyak kerusi tapi gagal mencari strategi untuk membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15

“Untuk pengetahuan Tuan Ibrahim, semua calon-calon Barisan Nasional (BN) perlu menandatangani kontrak dengan rela hati tanpa dipaksa.

“Kontrak itulah yang memberikan kuasa kepada Presiden Umno untuk mewakili semua Ahli Parlimen BN dalam mana-mana rundingan pembentukan kerajaan.

“Langkah ini terbukti sangat efektif apabila Kerajaan Perpaduan yang dibentuk terbukti sangat stabil dan tidak goyah seperti kerajaan sebelum ini,” katanya.

Terdahulu Tuan Ibrahim berpendapat Ahmad Zahid perlu diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas terhadap dirinya sehingga selesai termasuk dalam isu SD kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16. – 2 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related