HEADLINES

Kanak-kanak 10 tahun dilapor hilang sejak sebulan, polis gesa bantuan orang ramai

Mohamed Ahil Sekh Abdul Alim kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al Quran Al Walid Bukit Beruntung pada 6 Ogos lalu

4:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Hulu Selangor hari ini meminta orang ramai untuk membantu mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, Mohamed Ahil Sekh Abdul Alim kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al Quran Al Walid Bukit Beruntung pada jam 8.20 malam, 6 Ogos lalu.

“Kanak-kanak itu memakai baju lengan panjang berwarna merah, seluar panjang dan memakai sandal.

“Ketinggiannya kira-kira 100 ke 110 sentimeter dan berat badan kira-kira 30 ke 32 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, polis memohon orang ramai yang menemui atau mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak lelaki ini supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Muhamad Adib Muhamad Helmi di talian 03-60641222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor (03-60641223),” katanya. – 7 September, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related