HEADLINES

Pembangkang sudah sedia tadbir Pahang dalam PRU16: Tuan Ibrahim

Timbalan presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kalau kita berjuang demi rakyat, kalau bela nasib rakyat, tidak mustahil berbondong-bondong akan sokongan Perikatan Nasional (PN)

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penganjuran Muktamar Tahunan PAS di Pahang pada pertengahan bulan ini merupakan isyarat yang dihantar kepada semua bahawa pembangkang sudah bersedia untuk mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umur Ke-16 (PRU16).

Timbalan presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia berdasarkan kepada gelombang yang dilihat meliputi semua tempat termasuk dari kawasan Felda, yang sebelum ini sukar untuk ditembusi.

“Pada 1999, kali pertama (saya) bertanding di DUN Jengka yang ada 10 peti undi dengan sembilan adalah Felda. (Ketika itu) harapan hilang deposit memang cerah tetapi gelombang 1999 menyaksikan PAS menang.

“Kalau kita berjuang demi rakyat, kalau bela nasib rakyat, tidak mustahil berbondong-bondong akan sokongan Perikatan Nasional (PN).

“Bila PAS pusat buat keputusan adakan muktamar di Pahang, itu isyarat yang kita hantar bahawa Pahang ‘ready’ untuk kita mentadbir dalam PRU16,’’ katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) kali ke-9, di Jerantut, hari ini.

Muktamar PAS dijadualkan pada 11 hingga 15 September ini di Kompleks Al Makmur, Kerdau, Temerloh.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang mengandungi 47 kerusi dengan 17 Adun adalah pembangkang. 15 kerusi disandang oleh PAS dan dua kali oleh Bersatu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, selain Pahang, PN juga mensasarkan Perak dan Selangor.

Tuan Ibrahim turut menyatakan di mana PN mendapat lonjakan dengan PAS menjadi parti yang mendapat sokongan besar.

“Semua rakyat perlukan negara yang aman, pemimpin tidak rasuah dan bertanggungjawab, yang tiada 47 kes, yang buang kes, yang tidak rasis. Ini yang dikehendaki semua rakyat Malaysia,’’ katanya.

Mengenai Muktamar PAS, Tuan Ibrahim berkata, isu-isu seperti ekonomi, sara hidup, sensitiviti masyarakat Islam selain pelaksanaan SG4 Group Sdn Bhd akan dibangkitkan oleh perwakilan. – 8 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related