◉ HEADLINES

‘Saya jadi ahli biasa jika tidak bertanding’ Chow jelaskan keputusan tanding CEC

Beliau yang menjadi ahli CEC sejak 2001 membuat keputusan untuk terus bertanding pada tahun ini

8:57 PM MYT

 

GEORGE TOWN —  Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata beliau hanya akan kekal sebagai ahli biasa dalam DAP jika memutuskan tidak bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti pada 16 Mac ini.

Terdahulu, Chow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota mengesahkan pencalonan dalam pemilihan parti, meskipun tidak mendedahkan jawatan yang ingin ditandinginya.

Chow, yang tidak bertanding pada pemilihan parti negeri September lalu, adalah Naib Pengerusi DAP Kebangsaan iaitu jawatan yang dipegangnya sejak 2004.

“Saya memberitahu (media) kenapa saya bertanding (dalam pemilihan CEC). Jika saya tidak (bertanding), saya akan jadi ahli biasa.

“Saya tiada lagi (jawatan), walaupun di peringkat cawangan,’’ katanya kepada Scoop selepas hadir satu program di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), di sini.

Chow ditanya mengenai keputusannya untuk bertanding meskipun beberapa rakan seangkatannya memilih untuk tidak menyertai pemilihan itu.

Pada 19 Februari lalu, tiga anggota veteran DAP iaitu bekas Adun Sungai Puyu, Datuk Seri Phee Boon Poh; penasihat parti Tan Kok Wai dan bendahari parti, Fong Kui Lun mengumumkan menarik diri daripada pemilihan parti.

Dalam kenyataan bersama, Tan dan Fong berkata keputusan itu bagi memberi peluang kepada generasi baru mengambil peranan kepimpinan yang lebih menonjol, lapor Free Malaysia Today.

Dua hari selepas itu, Naib Pengerusi parti, M. Kula Segaran, turut mengumumkan pengundurannya, dengan menyatakan sudah tiba masanya untuk berundur dan membiarkan pemimpin muda mengambil alih ketika parti menjalani proses peremajaan dalam menghadapi cabaran negara yang semakin berkembang.

Pemilihan CEC DAP dijadualkan berlangsung pada 16 Mac ini sempena Kongres Kebangsaan Parti DAP ke-18.

DAP mengamalkan pengundian dua peringkat iaitu pertama, perwakilan perlu memilih 30 calon untuk memegang jawatan dalam CEC dan selepas itu, mereka yang terpilih akan mengundi bagi memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung serta jawatan utama lain dalam parti. – 23 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related