HEADLINES

Kabinet bincang isu kebajikan dan masa depan kanak-kanak rumah amal GISB

Timbalan Perdana Menteri berkata perkara penting ketika ini adalah memberikan pendidikan agama serta akidah kepada mereka yang selama ini tinggal di rumah amal yang dikaitkan dengan GISB

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Nasib kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) mendapat perhatian Kabinet khususnya dari aspek keagamaan, kebajikan, pendidikan dan masa depan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi tujuan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah memaklumkan akan mewujudkan tempat khusus untuk kanak-kanak dan remaja berkenaan.

“Ini agar mereka (kanak-kanak dan remaja) mendapat kepedulian daripada pihak JKM,” katanya selepas melawat Laman Usahawan Desa@MAHA 2024 di Serdang, hari ini.

Nasib kanak-kanak dan remaja yang berada di bawah GISB mendapat perhatian dengan ramai yang bimbang mengenai masa depan mereka selepas pembongkaran skandal melibatkan GISB, baru-baru ini.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan berlaku penderaan seperti dipukul, dirotan, ditekan pada dada selain dijadikan buruh paksa malah pemeriksaan mendapati mereka juga terlibat dalam pengantunan seksual serta kekurangan zat makanan.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kumpulan kanak-kanak dan remaja tersebut akan diberikan peluang menyertai program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan JKM mengenai perkara tersebut.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar), beliau merasakan ada beberapa kursus tertentu yang bersesuaian untuk mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas,” katanya.

Zahid berkata perkara penting ketika ini adalah memberikan pendidikan agama serta akidah kepada mereka yang selama ini tinggal di rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings.

Na’im baru-baru ini dilaporkan berkata kerajaan akan memastikan wanita dan kanak-kanak yang diselamatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam beberapa siri Op Global ke atas beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings, mendapat pembelaan dari aspek kebajikan, pendidikan dan hala tuju. – 18 September, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related