HEADLINES

Gunakan wang zakat biayai pendidikan anak-anak GISB: Dr Maza

Wang zakat juga boleh diberikan kepada bekas ahli-ahli kumpulan tersebut bagi membolehkan mereka memulakan kehidupan baru

1:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Wang zakat boleh digunakan bagi membiayai anak-anak ahli kumpulan Global Ikhwan Services & Business Holding (GISB) agar mereka dapat bersekolah semula.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali sebagai Dr Maza.

Selain anak-anak, katanya, wang zakat juga boleh diberikan kepada bekas ahli-ahli kumpulan tersebut bagi membolehkan mereka memulakan kehidupan baru.

“Ini termasuk memulakan perniagaan dan pekerjaan yang lain,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Dr Maza, perkara itu bukan sahaja mengeluarkan mereka dari kehidupan lalu yang tidak sewajarnya malah ia memberikan mereka peluang memulakan kehidupan yang lebih baik.

Dr Maza merupakan antara individu yang membangkitkan isu mengenai GISB selepas kumpulan yang membuat kajian mengenai perkara berkenaan menemui Jawatankuasa Fatwa Perlis.

Beliau kemudian menyentuh mengenai isu tersebut dalam kuliahnya.

Malah Dr Maza turut menghantarkan surat kepada pemimpin GISB untuk bertemu di Perlis pada hari ini dan GISB telah menyatakan persetujuan untuk hadir.

Bagaimanapun semalam, Ketua Pegawai Eksekutif GISB dan isteri merupakan antara 19 individu yang ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Mereka ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022.

Mereka yang berusia antara 25 hingga 65 tahun itu ditahan dalam serbuan di empat unit kediaman di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur menerusi Op Global, kira-kira jam 5.40 pagi Khamis. – 20 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related