◉ HEADLINES

Calon pengganti Shuhaily di AKPS belum dibincangkan: Saifuddin

5:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengganti Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih belum dibincangkan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Belum, kita belum bincang,’’ kata Saifuddin ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan.

Saifuddin turut memberitahu, status perkhidmatan Shuhaili ketika ini diuruskan mengikut prosedur dan peraturan penjawat awam berikutan pertuduhan di mahkamah ke atas beliau.

“Dari segi perkhidmatan awam, apabila seseorang telah didakwa, terdapat sistem dan prosedur yang perlu diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Awam,’’ katanya, lapor media.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Mergong, Kedah, hari ini.

Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Pada 21 Oktober, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September.

Pada 30 Oktober lalu, Saifuddin mengesahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk mengembalikan Shuhaily ke PDRM selepas tempoh peminjamannya di AKPS berakhir, selain menyerahkan urusan penentuan penugasan baharu beliau kepada pucuk pimpinan polis.

Dalam pada itu, Shuhaily hari ini kembali memulakan tugas di AKPS selepas dilaporkan bercuti minggu lepas.
AKPS dalam hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan Shuhaily memulakan tugasan dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander’s Call Bil. 3/2026.

“Mesyuarat yang menghimpunkan semua Pegawai Kanan dan Komander Pintu Masuk AKPS ini memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027.

“Ia khususnya dalam memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara. Fokus jelas. Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan,” menurut AKPS. – 2 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

◉ Related