◉ HEADLINES

Hina sahabat Nabi: Nik Muhammad Zawawi mohon maaf

Dalam kenyataannya, Nik Muhammad Zawawi mengakui beliau kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian

6:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh yang terlibat dalam kontroversi berhubung dakwaan menghina sahabat Nabi Muhammad SAW, memohon maaf hari ini.

Dalam kenyataannya, Nik Muhammad Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS mengakui beliau kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut.

“Justeru saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut. Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini sebagai kekhilafan peribadi saya, dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan pendirian parti PAS mahupun kepimpinannya,” katanya dalam kenyataan yang dibuat dalam Facebook Dewan Ulama PAS Pusat.

Sebelum ini, tular video yang dipercayai memaparkan Nik Muhammad Zawawi mendakwa Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA sebagai seorang “bapa ceti” yang gemar memeras orang miskin semasa zaman jahiliyah manakala Saidina Umar al-Khattab RA pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.

Kenyataan itu dipercayai disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu pada hujung minggu lepas.

Ia mengundang kritikan ramai termasuk daripada pemimpin PAS sendiri, antaranya Pemuda PAS Selangor yang menggesa Nik Zawawi supaya bertaubat.

Selain itu, laporan polis turut dibuat ke atas beliau termasuk daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daie Madani serta beberapa NGO lain, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Muhammad Zawawi berkata, tujuan asal kenyataan beliau hanyalah untuk menjelaskan serta memberikan penekanan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.

‘Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tuan guru, asatizah, sahabat-sahabat serta seluruh masyarakat yang telah memberikan teguran, nasihat dan pandangan kepada saya.

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan,’’ ujarnya. – 13 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related