HEADLINES

Isu sijil halal tak jejas sokongan pengundi Cina kepada BN: Nur Jazlan

Semua pihak tidak perlu risau jika ada pengundi Cina yang akan ‘termakan’ isu terbabit yang dilihat dimainkan pada minggu akhir kempen semata-mata untuk menggoncang suasana

6:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan pembangkang memainkan isu sijil halal tidak akan merubah sokongan pengundi Cina kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Sabtu ini.

Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, beliau percaya DAP sebagai sebahagian parti komponen Kerajaan Perpaduan akan berusaha memastikan pengundi Cina kekal menyokong calon BN.

Justeru katanya, semua pihak perlu bertenang dan tidak perlu risau jika ada pengundi Cina yang akan ‘termakan’ dengan isu terbabit yang dilihat dimainkan pada minggu akhir kempen semata-mata untuk menggoncang suasana.

“Saya rasa tak susahlah untuk DAP mula gerakkan kempen mereka nak yakinkan pengundi Cina supaya jangan terpengaruh dengan dakyah palsu ni. Mereka tahu, undi Cina adalah kritikal untuk memenangkan calon BN kali ni.

“Lagipun kemenangan atau kekalahan calon BN bukan hanya (menjejaskan) maruah Umno, tapi juga kredibiliti dan masa depan kerjasama Kerajaan Perpaduan menjelang PRU-16 nanti.

“Kalau ada yang risau pengundi Cina akan termakan dengan isu halal ni, relaks dulu. Macam DAP cakap selama ini, memang penyokong mereka jarang berganjak.

“Lagipun, dalam keadaan politik yang makin kompleks, pengundi Cina tahu calon BN kali ni lebih dekat dengan kerajaan perpaduan yang ada DAP. Jadi, logiknya mereka akan terus sokong calon BN.

“Kalau calon BN kalah, DAP juga akan terpaling rasa malu. Ya lah, masa PRK Pulai, DUN Simpang Jeram dan KKB (Kuala Kubu Baharu), Umno yang kerja keras untuk menangkan calon sekutu DAP dan calon DAP sendiri di kawasan yang bukan kubu kuat mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu juga percaya dengan DAP di belakang BN, isu terbabit tidaklah menggugat sangat sokongan majoriti pengundi Cina kerana mereka lebih tenang dalam membuat keputusan.

“Cybertroopers DAP pun saya yakin tak henti-henti tengah cuba patahkan hujah pihak yang cuba memanaskan isu ni di media sosial. Mereka bijak dalam mengawal naratif, memastikan sentimen positif terhadap calon BN terus kukuh.

“Bahkan pucuk pimpinan DAP di peringkat pusat dan Johor sendiri dah tenang-tenang sahaja tangani isu ni.

“Nama besar macam Nga Kor Ming dan Teo Nie Ching pun dah keluarkan kenyataan, meyakinkan pengundi bahawa perkara ini dah dikawal dan bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan.

“Nie Ching selaku Ketua Wanita DAP dah lama dikenal sebagai pemimpin yang berani bersuara dan kali ni dia juga tegas menyatakan isu sijil halal ni takkan goyah kepercayaan pengundi kepada calon BN.

“Isu ni mungkin cuba diputar belit oleh pihak tertentu, tapi dengan ketenangan dan strategi kepimpinan DAP, kita boleh nampak betapa cepatnya ia reda,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini.

Kerusi yang terletak dalam daerah Kluang itu ditandingi calon BN yang juga Ketua Pemuda Umno Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah menentang calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

DAP kini menyandang kerusi Parlimen Kluang dan satu lagi kerusi DUN dalam kawasan berkenaan, iaitu Mengkibol. DUN Mahkota mempunyai 34% pengundi Cina. – 24 September, 2024

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

Related