HEADLINES

Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISBH

Selain itu, baginda berpandangan pasukan siasatan perlu lebih cekap meneliti sebarang kesalahan berkaitan GISBH termasuk kes jenayah

7:07 PM MYT

 

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISBH) dipercepatkan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu antara yang ditekankan oleh Sultan Selangor ketika sesi pertemuan mingguan hari ini, selain baginda berpandangan pasukan siasatan perlu lebih cekap meneliti sebarang kesalahan berkaitan GISBH termasuk kes jenayah.

“Pada sesi pertemuan tadi, isu GISBH tidaklah dibincang secara spesifik namun baginda meminta supaya tindakan lanjut dipercepatkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Esok, Dr Mohammad Fahmi Ngah ( Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi) dijangka memberi beberapa penemuan mengenai perkara itu serta tindakan yang bakal diambil,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Dialog Belanjawan Selangor 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata sesi menghadap yang menjadi rutin mingguan itu turut membincangkan beberapa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkaitan isu dan hala tuju negeri Selangor.

Difahamkan, sesi menghadap kira-kira dua jam itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan di sini.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan pengoperasian premis kepada GISBH selepas memperoleh laporan penuh daripada polis dan Jawatankuasa Agama Islam negeri.     

“Sudah tentu polis perlu menjalankan siasatan penuh dan menyerahkannya kepada kami (kerajaan negeri) bagi tindakan lanjut seperti tidak membenarkan mereka menggunakan premis di Selangor. 

“Namun, ia juga perlu berlandaskan fatwa dan peraturan daripada jawatankuasa agama yang akan bermesyuarat nanti. Ini bukan kali pertama kontroversi berlaku membabitkan mereka selepas kes Al-Arqam dan Rufaqa,” katanya. – 24 September, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related