HEADLINES

3 ditahan, guna lori Shopee bukan untuk hantar barang tapi curi kabel

Ketiga-tiga suspek mengaku mencuri kabel tersebut di sekitar tepi jalan di Seksyen 3, Shah Alam dan mereka turut mempunyai pelbagai rekod lampau jenayah serta dadah

6:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Guna lori Shopee, bukan untuk menghantar barang yang dipesan pelanggan, tetapi bagi mencuri kabel.

Demikian dilakukan kumpulan dianggotai tiga lelaki berusia 23 hingga 38 tahun, yang aktif melakukan jenayah tersebut di sekitar Shah Alam, Selangor, sejak Mac lalu.

Walau bagaimanapun, cubaan terbaharu mereka berjaya digagalkan polis ketika dikesan di Jalan Persiaran Masjid, Seksyen 14, Shah Alam, pada jam 4.40 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ini selepas unit peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam membuat rondaan di sekitar Persiaran Dato Menteri di Seksyen 14 dan telah ternampak sebuah lori tiga tan Shopee jenis Isuzu dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Kita telah mengarahkan mereka berhenti namun tidak diendahkan. Kenderaan itu berjaya ditahan di Jalan Persiaran Masjid, Seksyen 14.

“Pemeriksaan dalam kenderaan di bahagian belakang telah menemukan 13 potong kabel sepanjang lebih kurang lapan hingga 12 kaki yang telah dipotong dan dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal memberitahu, ketiga-tiga suspek mengaku mencuri kabel tersebut di sekitar tepi jalan di Seksyen 3, Shah Alam dan mereka turut mempunyai pelbagai rekod lampau jenayah serta dadah.

Katanya, saringan awal air kencing mendapati semua suspek, salah seorangnya bekerja sebagai pemandu lori Shopee, positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua suspek direman sehingga esok oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman di Mahkamah Shah Alam,” katanya.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau ekdua-duanya sekali jika disabitkan dengan kesalahan. – 4 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related