HEADLINES

4 individu dikaitkan GISBH direman 3 hari di Kota Bharu

Permohonan reman ke atas kesemua individu berusia lingkungan 15 hingga 45 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini

12:28 PM MYT

 

KOTA BHARU – Empat individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. 

Permohonan reman ke atas kesemua individu berusia lingkungan 15 hingga 45 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.

Siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kesemua suspek lelaki warga tempatan itu tiba di kompleks mahkamah berkenaan pada 8.40 pagi ini.

Pada 11 Sept, polis melalui Op Global menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja daripada 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh dan seksual.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang ada kaitan dengan GISBH. – 25 September, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related