HEADLINES

Adun Rembia jadi ahli PAS sejak 10 Jun 2023, tak perlu kosongkan kerusi: Takiyuddin

Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan Muhammad Jailani Khamis tidak dianggap lompat parti memandangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti diluluskan pada 31 Julai 2023 selepas Adun Rembia itu menyertai PAS

3:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini digantung keahlian dalam Umno telah menyertai PAS.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS yang juga Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

“Saya ingin mengesahkan Adun Rembia dalam Parlimen Alor Gajah telah memohon untuk menjadi ahli PAS dan beliau telah diterima menjadi ahli PAS pada 10 Jun 2023.

“Jadi saya nak umumkan, di DUN Melaka kita bukan ada dua orang pembangkang tetapi tiga orang pembangkang, seorang Adun dari Bemban, Sungai Udang dan sekarang Rembia,” katanya.

Takiyuddin berkata, tindakan Muhammad Jailani tidak dianggap sebagai lompat parti memandangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti diluluskan pada 31 Julai 2023 selepas Muhamad Jailani menyertai PAS.

Berdasarkan surat Lembaga Disiplin Umno bertarikh 28 Ogos tahun lalu, Muhammad Jailani didakwa melakukan sabotaj terhadap parti kerana sengaja hadir ke majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor. – 16 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related