HEADLINES

Isu libatkan rakyat Palestin di Pusat Transit selesai: Duta

Sambil melahirkan kekesalan terhadap insiden yang melibatkan dua wanita Palestin itu, Walid berkata ia tidak mencerminkan tingkah laku rakyat Palestin secara umum

7:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kekecohan yang melibatkan rakyat Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit, Kuala Lumpur dengan anggota keselamatan yang tular di media sosial baru-baru ini telah diselesaikan, kata Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.

Sambil melahirkan kekesalan terhadap insiden yang melibatkan dua wanita Palestin itu, Walid berkata ia tidak mencerminkan tingkah laku rakyat Palestin secara umum.

Menurut beliau, kakitangan kedutaan telah melawat pusat berkenaan dan bertemu dengan pegawai keselamatan serta rakyat Palestin yang terlibat untuk menyelesaikan perkara itu.

“Saya mengecam apa yang berlaku, dan ia tidak sepatutnya berlaku lagi,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Wisma Transit adalah kemudahan di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia yang digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk menyediakan penginapan.

Menurut Walid, individu terlibat bertindak secara emosi kerana kecewa tidak dibenarkan keluar dari pusat itu atas sebab keselamatan.

Walid berkata beliau telah bertemu pegawai Kementerian Pertahanan pagi Jumaat untuk membincangkan keadaan itu.

“Isu ini telah dibincangkan dan diselesaikan. Apa yang berlaku adalah salah, dan kami tidak mahu memanjangkannya.

Bagi pihak Palestin, saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Di tengah-tengah keganasan Israel di Gaza, Malaysia berjaya membawa 40 rakyat Palestin yang cedera untuk rawatan di Malaysia, bersama 80 saudara mereka dari Kaherah, pada 16 Ogos lepas.

Pesakit-pesakit berkenaan sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT) di Kuala Lumpur, manakala saudara mereka yang tidak cedera ditempatkan di lokasi transit yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan.

Duta berkenaan sekali lagi menyatakan penghargaan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Malaysia, serta rakyat Malaysia atas sokongan kuat terhadap perjuangan Palestin. – 4 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related