Adakah kami ekstremis bila cakap mengenai isu sensitif di hati orang Melayu?: Dr Akmal

Mengapa bak kut teh yang kebanyakkan penyediaanya mempunyai unsur asas babi yang sangat sensitif dalam kalangan majoriti penduduk Malaysia, terutama umat Islam dimasukkan ke dalam senarai makanan warisan negara

9:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang membidas isu bak kut teh dibangkitkan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dengan menyifatkan pemimpin Melayu itu sebagai ekstremis seolah-olah merujuk kepada sikap diri sendiri.

Dr Akmal berkata, kenyataan King Sing bahawa tiada isu harus dicetuskan mana-mana pihak apabila bak kut teh tersenarai sebagai antara 10 makanan warisan negara baru-baru ini kerana terdapat sembilan hidangan lain termasuk sajian masyarakat lain turut disenarai, bukan persoalan utama kerana isunya sekarang adalah apakah relevannya ia dipilih.

Katanya, mengapa bak kut teh yang kebanyakkan penyediaanya mempunyai unsur asas babi yang sangat sensitif dalam kalangan majoriti penduduk Malaysia, terutama umat Islam dimasukkan ke dalam senarai makanan warisan negara.

“Adakah kamu memberi maksud apabila kami bercakap mengenai perkara yang sensitif di hati orang melayu khususnya, dikatakan ektremis?

“Jika begitu, yang ektremis adalah orang seperti kamu yang tidak tahu menjaga sensitiviti majoriti rakyat beragama Islam di negara ini! Ektremis dan bodoh!” katanya menerusi Facebook.

Malah, Dr Akmal mempersoalkan sama ada King Sing mengetahui senarai dimasukkan di dalam warta warisan negara itu adalah bak kut teh, bukannya menggunakan seafood yang dinamakan seafood kut teh atau ayam (ayam kut teh) dan bak itu bermaksud, daging yang secara khususnya untuk daging babi di dalam sebutan Hokkien.

“Iya memang bak kut teh boleh ditukar menjadi daging yang halal mengikut kamu, tetapi adakah kamu tahu berapa banyak bak kut teh yang dikatakan halal dan dijual di pasaran?

“Jawapannya hampir semua bak kut teh yg dijual adalah mempunyai unsur daging babi,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan, Pemuda Umno tetap mahu King Sing dipecat ekoran beberapa isu ditimbulkannya, termasuk mengenai penyenaraian bak kut teh sebagai makanan warisan negara.

“Kami tetap kekal dengan pendirian kami agar Perdana Menteri boleh memecat orang seperti ini di dalam barisan Kabinet Malaysia,” katanya.

Semalam, King Sing membidas Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau kerana menggesa peletakan jawatannya sebagai menteri susulan bak kut teh disenaraikan sebagai makanan warisan Malaysia.

King Sing berkata, sekiranya Dr Akmal mahu dihormati, beliau harus belajar menghormati orang lain terlebih dahulu dengan menghentikan retorik perkauman dibangkitkannya berhubung bak kut teh kerana makanan itu tidak hanya dibuat menggunakan daging babi.

Menurutnya, Dr Akmal berulang kali merujuk bak sebagai babi, meskipun bak bermaksud daging secara umum dan tidak merujuk daging babi sepenuhnya.

“Boleh tambahkan ayam, maka ia akan menjadi ‘chi kut teh’. Tambah makanan laut ia jadi ‘seafood kut teh’ dan jika tambah kambing, jadi ‘kambing kut teh’’.

“Saya cadangkan Akmal merujuk kamus jika dia tidak pasti definisinya. Sekiranya anda tidak tahu, jangan bertindak seperti anda tahu segala-galanya! Jangan memalukan negara…terutamanya parti anda sendiri,” katanya sambil mengingatkan Dr Akmal supaya tidak menjadi seperti pembangkang atau kumpulan ekstremis dengan mereka cerita tanpa asas.

Terdahulu, Dr Akmal menggesa supaya King Sing dipecat dari Jemaah Menteri, susulan bak kut teh disenaraikan sebagai antara makanan warisan negara.

“Daripada mengiktiraf bak kut teh menjadi hidangan warisa negara, lebih baik memberi pengiktirafan kepada makanan lain, seperti nasi goreng Cina atau sajian boleh dimakan semua rakyat di negara ini, tidak kira kaum mahupun agama,” kata Dr Akmal. – 1 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Related