HEADLINES

KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata ketika kunjungan beliau ke Sarawak, baru-baru ini

4:12 PM MYT

 

BANDAR BAHARU – Seorang anggota polis disahkan antara yang ditahan bagi membantu siasatan kes tembak mati seorang anggota tentera di Song, Sarawak pada 23 Sept lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata ketika kunjungan beliau ke Sarawak, baru-baru ini.

“Dalam lawatan saya ke Sarawak, Pesuruhjaya Polis Sarawak memberikan taklimat mengenai siasatan awal yang dibuat untuk menentukan punca insiden yang berlaku di kawasan latihan tentera tersebut.

“Setelah laporan polis dibuat, pihak polis segera membuat siasatan untuk mengesan individu terlibat. Dalam taklimat itu, saya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak tentang penglibatan seorang anggota polis.

“Kertas siasatan telah dibuka membabitkan kes ini. Setakat itu sahaja saya boleh sahkan berdasarkan kepada maklumat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri dan Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-76 di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, di sini hari ini.

Sebelum ini, polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes anggota tentera maut akibat terkena tembakan ketika menjalani latihan di kawasan hutan di Song, Kapit pada 23 September lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata kedua-dua lelaki yang berusia 31 tahun itu ditahan pada hari sama dan polis merampas selaras senapang patah serta beberapa peluru penabur daripada mereka.

“Siasatan mendapati mereka menjalankan aktiviti memburu secara haram. Seorang daripadanya telah melepaskan tembakan ke arah mangsa yang disangka binatang liar dalam kejadian 2.45 pagi itu,” kata Mancha. – 5 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

SRC US$1.1b suit: Lawyer says Najib changed his story five times on how RM42m wound up on his books

SRC counsel Datuk Lim Chee Wee said it was proven in trial that the funds from SRC International were credited into Najib’s personal account for personal enrichment

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Related