HEADLINES

Fattah Amin, Fazura sah bercerai talak satu: tiga sebab didedahkan termasuk ‘curang’

Pelakon Gol dan Gincu itu berkata bahawa sebab lain adalah pengabaian nafkah dan ketidaksefahaman

12:19 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pelakon filem Mat Kilau dan Pendekar Awang, Fattah Amin, telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya Fazura, yang terkenal dengan drama bersiri Gol dan Gincu, hari ini.

Perkahwinan selama tujuh tahun itu berakhir selepas lafaz dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menceraikan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh selepas Fazura memfailkan permohonan cerai pada 13 September lepas atas alasan ketidaksefahaman.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima, yang kini berusia empat tahun. 

Selepas prosiding mahkamah, Fazura kelihatan sedang menangis dan seterusnya bersalaman dengan ibu serta bapa mentuanya. 

Ketika bercakap dengan wartawan selepas prosiding, Fazura mendedahkan tiga sebab utama tuntutan cerai itu dibuat iaitu Fattah didakwa mengabaikan nafkah kepadanya dan anak, faktor ketidaksefahaman yang menyebabkan Fazura tertekan secara emosi dan mental serta curang.

Apabila ditanya sama ada dia mempunyai bukti terhadap tuduhan curang tersebut, Fazura berkata:

“Ada.” Fazura juga memberitahu dia telah memberikan peluang kepada Fattah sejak bertahun-tahun lalu.

Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura berkata setelah meneliti cadangan persetujuan yang dikemukakan pihak defendan (Fattah) berkaitan perceraian, kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk bercerai. 

“Rentetan itu, defendan telah dibenarkan untuk melafazkan cerai talak satu kali pertama terhadap plaintif (Fazura).  

“Oleh itu, lafaz cerai dibuat oleh defendan pada 9.45 pagi dan terma persetujuan direkodkan berkaitan nafkah idah dan nafkah anak serta apa-apa yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah,” katanya pada sidang media.

Menurut Fakhrul Azman, hak penjagaan anak pula akan direkodkan di Mahkamah Tinggi Syariah. – 7 Oktober 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related