◉ HEADLINES

Dakwa ada premis dipecah masuk, ahli GISB rayu dibenarkan kembali berniaga: Peguam

Barisan peguam turut mempersoalkan kenapa pengurusan tertinggi dan ahli-ahli GISB ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) sedangkan mereka bukan pengganas

2:48 PM MYT

 

SHAH ALAM – Ahli kumpulan Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) merayu kepada pihak berkuasa supaya dibenarkan kembali menjalankan perniagaan bagi meneruskan kehidupan.

Peguam mewakili GISB, Datuk Rosli Kamaruddin mendakwa, sewajarnya perniagaan mereka tidak dihalang berikutan operasi yang dijalankan tidak membabitkan kegiatan yang diragui seperti pelacuran atau perjudian.

Menurutnya lagi, ahli-ahli GISB juga turut terkilan dengan keadaan beberapa premis mereka yang ditutup pihak berkuasa, dipecah masuk kerana tiada kawalan rapi disediakan.

“Mereka dapat video daripada rakan-rakan, menampakkan premis yang ditutup ini dimasuki orang, mencuri. Jadi sekarang siapa yang nak jaga premis itu bila kecurian berlaku?

“Bila kawasan itu di bawah pemerhatian kamu (pihak polis), kamu perlulah menjaga keselamatan premis tersebut.

“Kalau mereka (buat) silap, betulkan, (bukan) perniagaan mereka kita patut lumpuhkan… ada yang meniaga burger, buka kafe, adakah patut lumpuhkan? Sekarang mereka tak ada (tak dapat jalankan perniagaan),” katanya pada sidang media bersama wakil GISB di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rosli turut mempersoalkan kenapa pengurusan tertinggi dan ahli-ahli GISB ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) sedangkan mereka bukanlah pengganas.

“Saya merayu kepada pihak berkuasa untuk mempertimbangkan agar undang-undang keselamatan Sosma tidak dikenakan ke atas suspek GISB.

“Ini kerana kami ingin menegaskan bahawa GISBH dan komunitinya bukanlah kumpulan pengganas.

“Ahli Lembaga Pengarah GISB dan pegawai-pegawai syarikat telah memberi kerjasama baik dan akan terus berbuat demikian dalam apa-apa siasatan polis dan mana-mana agensi penguatkuasaan lain,” katanya.

Terdahulu, seramai 16 ahli GISB yang di reman sebelum ini ditahan semula di bawah Akta Sosma pada 10 Oktober lalu.

Penahanan semula itu turut dilakukan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB, Datuk Nasiruddin Mohd Ali.

Setakat ini, PDRM sudah menahan seramai 415 individu sejak Op Global dilancarkan pada bulan lalu. – 14 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related