HEADLINES

Anak pengasas Al-Arqam dakwa GISB tak amal ajaran sesat Aurad Muhammadiyah

Anak kepada pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad, Khaulah Ashaari, juga menegaskan sekolah agama di bawah seliaan kumpulan itu juga berpandukan silibus Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sepanjang ia beroperasi

3:17 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pengarah salah sebuah anak syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB), Khaulah Ashaari mendakwa pengikut kumpulan itu tidak mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiyah yang diisytihar sesat sebelum ini.

Khaulah, 38, yang juga anak kepada pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad berkata, fokus GISB lebih kepada aktiviti perniagaan yang dijalankan.

“Mengenai amalan yang diperkatakan, memang GISB konsisten untuk tidak lagi mengamalkan apa-apa ajaran yang dikatakan sesat atau salah.

“Mungkin ada juga tahu kita (GISBH) mengikuti kursus pihak berkuasa termasuk jabatan agama dan turut ikut proses istitabah (bertaubat) yang dikendalikan Jabatan Mufti Selangor.

“Kita juga berkomitmen tidak mengamalkan apa-apa yang dilakukan sebelum ini di zaman Al-Arqam selain sentiasa dipantau jabatan agama untuk dipastikan tidak ada pengulangan amalan begitu (Al-Arqam),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Khaulah juga menegaskan sekolah agama di bawah seliaan kumpulan itu juga berpandukan silibus Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sepanjang ia beroperasi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan berlaku kes eksploitasi kanak-kanak dalam kumpulan berkenaan serta golongan tersebut didedahkan dengan video militan, Khaulah berkata dia tidak boleh mengulas lanjut kerana perkara itu masih dalam siasatan pihak polis.

Semalam media melaporkan fahaman jihad militan dipercayai antara yang diserapkan pada diri kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, kanak-kanak berkenaan didedahkan dengan menonton video fahaman militan pada waktu lapang mereka. – 14 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Balancing act: honouring Jalan Sultan’s past and embracing contemporary needs 

Laden with history, Sultan Street was the first point of entry along the main artery into the town – High Street, today known as Jalan Tun H.S. Lee, and also the first point of entry for Chinese migrants into the city from the river

Related