HEADLINES

Tiada lagi pergerakan tanah dikesan di Taman Melawati, ‘soil nailing’ digunakan perkukuh cerun

Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Ramli berkata, tumpuan kini adalah kepada langkah mitigasi termasuk menutup kawasan terjejas dengan kanvas biru

2:30 PM MYT

 

AMPANG – Tiada lagi pergerakan tanah dikesan berlaku di kawasan tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Zamri Ramli berkata susulan itu tumpuan kini adalah kepada langkah mitigasi termasuk menutup kawasan terjejas dengan kanvas biru.

Selain itu, katanya, kaedah soil nailing iaitu bagi memperkukuhkan tanah cerun turut dijalankan bagi mengelakkan sebarang pergerakan tanah berlaku.

“Daripada pemerhatian dalam dua jam tadi, tiada lagi pergerakan tanah berlaku dan tumpuan kini kepada langkah mitigasi.

“Proses pemakuan tanah akan dilakukan dan kerja pembaikan cerun akan mengambil masa,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengiringi Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mengadakan lawatan ke kawasan tanah runtuh itu.

Hujan lebat sejak awal pagi Selasa telah menyebabkan kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Berikutan itu, penduduk di 20 kediaman diarahkan berpindah dan mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara mangsa bencana di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Ahmad berkata, Kementerian Kerja Raya telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BigBen) sejak beberapa hari lalu bagi memantau keadaan cerun di seluruh negara memandangkan negara bakal berdepan dengan fasa peralihan Monsun Timur Laut bermula bulan depan.

“Ada 27,000 cerun di Jalan Persekutuan dan 3,200 daripadanya telah dikenal pasti sebagai berisiko.

“Sehubungan itu, kami telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana atau BigBen JKR beberapa hari lalu.

“Jika perlu kita akan bekerja 24 jam untuk memberikan sistem amaran awal khusus berhubung dengan cerun berhampiran penempatan, sekolah dan bangunan kerajaan,” katanya.

BigBen akan diketuai Jurutera Daerah JKR dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan. – 16 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related