HEADLINES

Insiden halau Dominic tunjuk adab, akhlak sebenar PAS: Khairuddin

Layanan ‘buruk’ terhadap ‘tetamu’ parti itu juga berlaku di hadapan Presiden PAS, namun ia tidak dicegah pimpinan tertinggi berkenaan

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Insiden pemimpin PAS didakwa ‘menghalau’ Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai daripada menyertai ceramah mega Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini, menggambarkan adab dan akhlak dipamerkan parti berjenama Islam itu tidak berlandaskan agama.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sikap ditunjukkan pemimpin itu menyebabkan Islam akan dipandang tidak berakhlak dan tidak beradab dalam menerima tetamu.

“Ia adalah masalah dalaman PAS dan PN, tetapi pada masa sama melibatkan adab dan akhlak dalam Islam yang dipamerkan parti berjenama Islam, apatah lagi, tetamu tidak diundang itu adalah rakan kerjasama politik.

“Sedangkan Islam tidak diwakili oleh mana-mana parti pun. Inilah bahayanya apabila parti politik dijenamakan dengan Islam, tetapi gagal mempamerkan akhlak Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, apa yang menarik perhatian adalah kemungkaran akhlak itu berlaku di hadapan mata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden parti terbabit, Datuk Idris Ahmad, namun ia tidak dicegah terus kedua-dua pimpinan tertinggi berkenaan.

Tegasnya, PAS juga mengambil masa beberapa hari untuk Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan meminta maaf kepada Dominic dan menegur pimpinan PAS di Pulau Pinang.

Justeru, beliau mempersoalkan tidakkah sikap itu menunjukkan kelemahan dalam mencegah kemungkaran.

“Saya sendiri pernah berhadapan situasi sebegini di Masjid Rusila selepas saya berhenti PAS. Syeikh Ali Qaradaghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Islam Sedunia sebagai tetamu saya untuk program di Unisza (Universiti Sultan Zainal Abidin) meminta saya mengiringi beliau ke Masjid Rusila (di Terengganu) bertemu Presiden PAS.

“Sebaik tiba ke masjid saya dihalang dan tidak dijemput masuk petugas ke pejabat Presiden PAS. Hanya Syeikh Ali dibenarkan masuk. Saya tiada masalah kerana memahami situasi telah berhenti daripada PAS,” katanya.

Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS menegaskan, ia adalah antara akhlak dalam bertamu melibatkan orang berbeza politik yang ditunjukkan parti berkenaan.

“Pamerkan politik dan akhlak Islam dalam berpolitik apatah lagi apabila membawa nama Islam agar Islam tidak terfitnah,” katanya.

Semalam, Takiyuddin memaklumkan, PAS tidak merestui insiden seorang pemimpin parti itu didakwa bertindak menghalau dan tidak mengalu-alukan kehadiran Dominic ke acara berkenaan.

Ujarnya, bagi pihak kepimpinan di peringkat pusat parti itu, beliau percaya kehadiran pemimpin terbabit perlu diterima dan dihargai sebagai tetamu berdasarkan akhlak serta prinsip Islam, malah memandangkan Gerakan juga adalah rakan gabungan PN dan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang kini berlangsung, sewajarnya Dominic diberikan penghormatan secara layak serta munasabah. – 4 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related