HEADLINES

Semua 23 peserta GSF Malaysia kini di Turkiye, pulang 5 atau 6 Oktober: Wisma Putra

Wisma Putra berkata, mereka akan berada di Istanbul untuk pemeriksaan kesihatan sebelum pulang ke Malaysia

8:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar memaklumkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) sudah tiba di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan pihak berkuasa Israel awal semalam.

Dalam satu kenyataan Wisma Putra berkata, kumpulan itu berlepas dari Eilat, Israel menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 pada jam 1.40 tengah hari waktu tempatan dan tiba di Istanbul, Turkiye pada 3.40 petang waktu tempatan.

“Kesemua rakyat Malaysia selamat dan berada dalam keadaan sihat. Mereka akan berada di Istanbul untuk pemeriksaan kesihatan sebelum pulang ke Malaysia pada 5 atau 6 Oktober,” kata Wisma Putra semalam.

Kenyataan Wisma Putra itu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau yang tegas serta usaha tanpa mengenal penat lelah dalam memastikan pembebasan segera rakyat Malaysia yang ditahan.

Malaysia turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas peranan penting dan sokongan yang diberikan, serta kepada Kerajaan Jordan, Mesir, Amerika Syarikat dan negara-negara Asean yang mempunyai Kedutaan di Tel Aviv atas bantuan berharga mereka dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia.

Wisma Putra turut menghargai usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan pasukan Sumud Nusantara yang dengan semangat dan dedikasi berjaya menyerlahkan solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin.

Jelas Wisma Putra, walaupun flotila tidak berjaya sampai ke Gaza, misi berkenaan berjaya meningkatkan lagi kesedaran antarabangsa mengenai sekatan haram oleh rejim Zionis Israel. 

“Penyertaan rakyat Malaysia dalam misi ini menegaskan semula komitmen negara dalam menyokong perjuangan Palestin serta menentang kekejaman, kebuluran, bencana kemanusiaan yang tragik dan kemusnahan yang sedang berlaku di Gaza.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan rakan kerjasama bagi memastikan usaha kemanusiaan sentiasa dilindungi dan solidariti global untuk Palestin terus diperkukuh,” katanya.

Pada 1 Oktober lalu, pasukan keselamatan Israel menahan lebih 200 aktivis yang menyertai konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam usaha menembusi sekatan maritim ke Gaza.

Aktivis yang ditahan berasal dari sekurang-kurangnya 37 negara, termasuk Sweden, Brazil, Perancis, dan Malaysia. – 5 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

High-Tech, sustainable, and aligned: Budget 2026 validates Grab Malaysia’s core mission

Grab Malaysia remain committed to continue collaborating with the government and like-minded, industry stakeholders to future-proof the nation

Related