◉ HEADLINES

Kes buli UPNM: Zambry syor ekosistem pendidikan dilihat semula

'Kita perlu tegas dan tindakan-tindakan perlu diambil termasuk tindakan perundangan terhadap pelaku,' kata Zambry

4:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesyorkan supaya ekosistem pendidikan dilihat semula, bagi mendapatkan pendekatan menangani kes buli yang dikaitkan dengan penuntut Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Beliau berkata kes penuntut dipercayai dipijak penuntut senior hingga cedera parah di rusuk dan belakang badan, melibatkan pengambilan di bawah ALK.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Pertahanan selaku menteri bertanggungjawab dalam hal ALK ini, dan apakah langkah-langkah yang boleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama memastikan supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

“Kita perlu tegas dan tindakan-tindakan perlu diambil termasuk tindakan perundangan terhadap pelaku,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran buku Tun Abdul Razak Imagining Malaysia’s Future Through His Lenses, di sini hari ini.

Beliau berkata pihak KPT mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan kerjasama untuk memastikan keselamatan penuntut termasuk mereka yang berada dalam kawalan ALK.

“Saya tidak boleh mengambil pendekatan lepas tangan sahaja, sebab mereka sebahagian daripada pelajar tetapi sistemnya agak berlainan,” katanya.

Zambry memaklumkan beliau telah mengarahkan kesemua naib canselor di peringkat universiti supaya memastikan perbuatan buli dipantau dengan rapat dan mengambil tindakan segera terhadap pelaku sekiranya terdapat kejadian itu.

“Saya hendak menekankan bahawa kerajaan dan KPT khususnya tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan sebarang perbuatan buli di mana-mana institusi pengajian tinggi dan inilah dasar yang kita tetapkan.

“Saya telah mengarahkan (tindakan) (terhadap apa) yang berlaku di ALK, meskipun ia bukan terletak di bawah pengawasan UPNM namun kita tidak mahu mengambil pendekatan mengatakan ini bukan dalam bidang kuasa kita, tetapi paling mustahak ialah kita perlu bertegas dalam soal seperti perbuatan buli,” katanya.

Ditanya berhubung Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilaporkan mengemukakan usul tergempar ke Parlimen semalam, untuk mencari penyelesaian tuntas terhadap isu buli yang membimbangkan di negara ini, Zambry berkata beliau menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Ahad lepas, polis mengesahkan sedang menyiasat kejadian yang membabitkan seorang penuntut UPNM berusia 19 tahun, yang disyaki dipijak sehingga cedera parah di rusuk dan belakang badan oleh seorang penuntut senior tahun tiga universiti berkenaan.

Bulan lepas, satu insiden lain pula melibatkan kes buli di universiti yang sama, dengan seorang pegawai kadet ALK UPNM telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan penuntut junior menggunakan seterika wap panas. – 12 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related