◉ HEADLINES

Kadar gaji minimum RM1,700 mulai Februari 2025

Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025

5:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

“Kerajaan Madani sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rakyat.

“Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan
lebih selesa,” katanya ketika membentang Bajet 2025 di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

“Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (RM2,290), Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (RM2,985),” katanya.

Beliau berkata, selanjutnya, Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan Madani untuk
mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja.

“Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan.

“Dasar Gaji Progresif diperuntukkan RM200 juta dan akan memanfaatkan 50,000 pekerja,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, mulai tahun depan sejumlah RM250 juta disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi menambah pendapatan mereka. – 18 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

[UPDATED] BAC files for judicial review after 17 law grads barred from CLP exam

This as qualifying board has deemed them ineligible to sit for certificate as they had not spent at least a year of their degree in UK, as mandated by their course

Expanded quota: M-League clubs allowed to register 33 players for 2025–26 season

MFL adds three local player slots per team, citing absence of youth squads and MFL Cup

◉ Related