◉ HEADLINES

Ahli Parlimen kemuka usul, tuntut penjelasan, dedah minit mesyuarat pengurangan premium tanah KLSCAH

Beliau berkata pendedahan minit mesyuarat, penilaian serta dokumen pertimbangan amat penting untuk diperjelaskan dan bagaimana syarat serta sekatan kepentingan dibuat dalam pengurangan premium kepad RM1,000

12:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul bagi mendapatkan penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berhubung penetapan premium tanah pada kadar nominal RM1,000 daripada anggaran awal kira-kira RM4.67 juta dan pajakan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Usul berkenaan dikemukakan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN – Kuala Terengganu) yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung asas penilaian dan justifikasi yang dibuat berhubung penetapan premium serta tempoh pajakan serta sama ada ia kelonggaran turut dibuat untuk institusi lain.

Beliau berkata pendedahan minit mesyuarat, penilaian serta dokumen pertimbangan amat penting untuk diperjelaskan dan bagaimana syarat serta sekatan kepentingan dibuat.

“Usul ini adalah perkara tertentu kerana ia libatkan keputusan kerajaan meluluskan penyerahan, pemberian milikan tanah dengan pengurangan premium yang sangat besar, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai asas penilaian, kaeadah pengiraan dan justifikasi keputusan tersebut.

‘Usul ini perlu disegerakan kerana keputusan itu melibatkan kepentingan jangka panjang terhadap aset tanah kerajaan.

“Penjelasan perlu bagi memastikan sama ada prinsip, kriteris dan penetapan yang sama dibuat untuk permohonan daripada institusi, persatuan, badan kebajikan dan rumah ibadat,’’ katanya di Parlimen hari ini.

Pada 16 November lalu, Hannah Yeoh berkata penetapan premium tanah pada kadar nominal RM1,000 bagi pembaharuan pajakan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dibuat dengan mengambil kira perubahan status tanah bangunan itu daripada komersial kepada institusi.

Yeoh berkata, tanah berkenaan terhad kepada tujuan institusi dan warisan, yang merupakan antara faktor diambil kira kerajaan ketika mempertimbangkan rayuan pertubuhan itu untuk mendapatkan pengurangan ketara premium pembaharuan pajakan tanah.

Keputusan berkenaan bagaimanapun mendapat bantahan banyak pihak kerana keputusan yang melibatkan perbezaan nilai besar itu perlu dijelaskan secara terbuka, berasaskan dokumen dan boleh diteliti masyarakat.

Pada 14 November, kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH selama 99 tahun dengan menetapkan premium nominal sebanyak RM1,000, berbanding anggaran awal kira-kira RM4.67 juta.

Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan telah meluluskan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah itu bagi kegunaan institusi pada 14 September.

Surat kelulusan bertarikh 1 Oktober menetapkan premium sebanyak RM1,000, manakala jumlah keseluruhan bayaran yang perlu dijelaskan berdasarkan notis rasmi tanah berkenaan ialah RM5,011, termasuk sewa tanah tahun pertama dan caj pentadbiran.

Sewa tanah tahunan ditetapkan sebanyak RM3,151.

Keputusan itu diumumkan pada majlis makan malam ulang tahun ke-103 pertubuhan berkenaan.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membenarkan usul itu kerana ia memenuhi syarat termasuk melibatkan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

“Saya berpuas hati perkara itu penuhi syarat, ia tertentu, bagi kepentingan orang ramai dan ia berkehendak disegerakan. Saya benarkan usul ini dirundingkan di kamar khas hari ini juga,’’ katanya. – 23 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related