HEADLINES

Majlis ilmu Ramadan: Pengurusan masjid, agensi kerajaan perlu undang penceramah bertauliah

Perkara berkenaan ditekankan Perdana Menteri yang mahukan tazkirah atau majlis ilmu yang disampaikan penceramah itu mencapai matlamat ditetapkan

11:04 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Pengurusan masjid serta agensi kerajaan yang mengadakan majlis ilmu sepanjang Ramadan perlu memastikan penceramah diundang adalah bertauliah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata perkara berkenaan ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan tazkirah atau majlis ilmu yang disampaikan penceramah itu mencapai matlamat ditetapkan. 

Dalam sidang media selepas melancarkan program Ihya Ramadan di sini hari ini, beliau berkata majlis ilmu seperti tazkirah sebelum solat zuhur pada bulan Ramadan yang diilhamkan Perdana Menteri pada tahun lepas akan turut diteruskan kali ini.

“Saya ajak masyarakat dalam memilih penceramah kena ada tauliah supaya kita pastikan kandungan ceramah disampaikan dalam bulan Ramadan di masjid, surau atau platform media sosial ini, mereka ini ada asas ilmu pengetahuan dan sampaikan asas ajaran Islam sebenar,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata beliau mahu semua kementerian dan jabatan kerajaan menganjurkan majlis ilmu di pejabat masing-masing bagi menghidupkan semangat Ramadan.

Ditanya mengenai kadar zakat di Sarawak yang belum diumumkan, Mohd Na’im berkata perkara berkenaan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

“Saya percaya akan keluar esok atau lusa (kadar zakat Sarawak) tetapi berapa jumlah itu kuasa diberi majlis negeri dan lembaga zakat, mereka ada bidang kuasa tertentu,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi pembayar zakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan iaitu RM7, RM15 dan RM22 seorang seperti dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, Mohd Na’im dalam ucapannya meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyelaras program kerohanian dan kemasyarakatan bersama pegawai kader jabatan itu di pelbagai kementerian dan jabatan. 

“Kita mesti memakmurkan program Ramadan di seluruh kementerian dan jabatan dengan kerjasama strategik ini. Perkara ini amat penting supaya kita semua dapat menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam Madrasah Ramadan,” katanya. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related