HEADLINES

Rangkaian 5G kedua negara dilaksana oleh U Mobile

MCMC memaklumkan pihaknya telah melaksanakan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial untuk memilih Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) yang akan melaksanakan Rangkaian 5G Kedua Malaysia

8:51 PM MYT

 

PUTRAJAYA Rangkaian 5G Kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan pihaknya telah melaksanakan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial untuk memilih Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) yang akan melaksanakan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.

Menurut MCMC, proses terperinci itu dilaksanakan demi memastikan potensi sebenar teknologi 5G memberi manfaat kepada rakyat, industri dan negara.

“Proses pemilihan ini melibatkan perbincangan mendalam yang merangkumi aspek teknikal dan komersial bagi memastikan setiap faktor dapat dipertimbangkan agar pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia berjalan lancar dan memberi impak positif kepada semua.

“Sehubungan dengan itu, Rangkaian 5G Kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd,” menurut kenyataan itu.

MCMC bagaimanapun memaklumkan pihak U Mobile Sdn Bhd, tertakluk kepada kelulusan MCMC adalah dibenarkan untuk bekerjasama dengan MNO lain bagi memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.

MCMC akan terus memantau kemajuan pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluan peraturan seperti yang termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). – 1 November, 2024

Topics

 

Hangat

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related