HEADLINES

SPRM ambil dokumen di FashionValet, MOF, Khazanah dan PNB

Azam memberitahu, beberapa dokumen yang diambil itu untuk dikaji dan disemak susulan siasatan kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet

8:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil beberapa dokumen berkaitan pelaburan dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) di beberapa lokasi hari ini.

Difahamkan, ia dilakukan serentak di Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ibu pejabat FashionValet di Bangsar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya mengambil beberapa dokumen kewangan susulan serbuan di empat premis.

Beliau juga memberitahu, beberapa dokumen yang diambil itu untuk dikaji dan disemak susulan siasatan kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

“Dokumen yang diambil itu adalah untuk dikaji terlebih dahulu serta menyemak mengenai soal kewangan.

“Siasatan ini baru bermula. Sabtu lalu saya umumkan kita sudah memulakan siasatan tetapi pejabat hanya mula buka hari ini dan sebab itu serbuan dijalankan hari ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, menerusi klip video pendek yang dimuatnaik dalam TikTok rasmi SPRM menunjukkan serbuan dilakukan pegawai SPRM di pejabat FashionValet.

Akaun berkenaan turut menulis kapsyen ‘SPRM bongkar kes di pejabat FashionValet berhubung pelaburan Khazanah dan PNB hari ini’.

Sebelum ini, Azam berkata siasatan SPRM berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan akan dijalankan secara adil dan profesional.

Beliau berkata, siasatan itu penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.

“SPRM telah buka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan itu,’’ katanya.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian Kewangan baru-baru ini mendedahkan Khazanah dan PNB entiti menjual pegangan RM47 juta hanya untuk RM3.1 juta, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai kerana ia melibatkan dana awam.

Menurut Kementerian Kewangan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham FashionValet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” menurut kementerian itu. – 4 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related