◉ HEADLINES

SPRM serbu 4 lokasi FashionValet

SPRM bagaimanapun tidak menyatakan empat lokasi FashionValet yang diserbu hari ini

7:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu empat pejabat FashionValet Sdn. Bhd (FashionValet) di lokasi berbeza, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi klip video pendek yang dimuatnaik dalam TikTok rasmi SPRM.

“SPRM bongkar pejabat FashionValet berhubung kerugiaan pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB0 yang dikaitkan dengan dana awam sebanyak RM43.9 juta.

“Siasatan ini penting kerana ia menggunakan dana berkepentingan awam.

“Proses siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.

Dalam klip video berdurasi 58 saat itu, ia turut memaparkan beberapa pegawai SPRM memasuki ke dalam pejabat FashionValet.

Akaun berkenaan turut menulis kapsyen ‘SPRM bongkar kes di pejabat FashionValet berhubung pelaburan Khazanah dan PNB hari ini’.

Bagaimanapun ia tidak menyatakan lokasi serbuan tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan SPRM berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan akan dijalankan secara adil dan profesional.

Azam Baki berkata, siasatan itu penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.

“SPRM telah buka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan itu,’’ katanya.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian Kewangan baru-baru ini mendedahkan Khazanah dan PNB entiti menjual pegangan RM47 juta hanya untuk RM3.1 juta, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai kerana ia melibatkan dana awam.

Menurut Kementerian Kewangan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham FashionValet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” menurut kementerian itu. – 4 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related