HEADLINES

SPRM kenal pasti aset, pemilikan dan sumber kewangan diperoleh pengasas FashionValet

'SPRM akan melihat bagaimana wang itu dibelanjakan, adakah perbelanjaan itu betul atau tidak, adakah ia melanggar undang-undang,' kata Azam

8:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjurus kepada mengenal pasti aset, pemilikan dan sumber kewangan yang diperolehi oleh pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia termasuk melihat bagaimana pelaburan yang diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dibelanjakan oleh FashionValet.

“…untuk melihat bagaimana wang itu dibelanjakan, adakah perbelanjaan itu betul atau tidak, adakah ia melanggar undang-undang.

“Jadi aset yang dikenal pasti yang kami sebutkan semalam, mereka (pengasas) perlu memberikan penjelasan bagaimana mereka memperolehnya dan bagaimana (ia dibelanjakan),” katanya kepada Bernama hari ini.

Azam berkata, suruhanjaya itu juga akan melihat sama ada dana pelaburan yang diterima oleh FashionValet dibelanjakan dengan betul dan mengikut perjanjian atau tidak, sambil menambah bahawa kira-kira 60 kotak dokumen kewangan yang dirampas semalam dari FashionValet, Khazanah dan PNB perlu dikaji dengan teliti, terutamanya yang berkaitan dengan perjanjian antara PNB, Khazanah dan FashionValet.

Beliau menambah bahawa pegawai penyiasat menyoal siasat pasangan itu mengenai perkara-perkara yang timbul selepas dokumen, akaun dan pelaburan dalam FashionValet diperiksa, seperti isu yang melibatkan harta dan aset.

Pada Khamis, Azam berkata SPRM mengesan beberapa transaksi kewangan mencurigakan sejak 2018 hingga tahun lalu dalam siasatan kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam platform e-dagang, FashionValet.

SPRM juga memberitahu ia kini dalam peringkat mengesan barangan milik pasangan pengasas FashionValet yang pernah ditunjukkan dalam media sosial sebelum ini.

“SPRM juga telah merampas 60 kotak yang mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah, dan PNB bagi membantu siasatan.

“Bahagian forensik perakaunan SPRM sedang menyemak semua dokumen yang dirampas,’’ katanya.

Terdahulu, pasangan itu hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk kali keempat hari ini dan mengambil masa selama lima jam untuk memberikan keterangan.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta dalam platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) pada Disember ini.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, prosiding yang dijangka bermula pada minggu kedua Disember itu akan memanggil Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk menjelaskan mengenai pelaburan berkenaan.

Isu kerugian tersebut mencetuskan kemarahan ramai selepas Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis di Parlimen, baru-baru ini mendedahkan Khazanah dan PNB menjual pegangan RM47 juta dalam FashionValet hanya untuk RM3.1 juta.

Menurut Kementerian Kewangan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik. – 8 November, 2024

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

No smoke from fires crossing into neighbouring nations, Indonesia reiterates

Indonesia has doubled down on its assertions that none of its smoke haze arising from forest and land fires has reached its neighbouring countries.

Related