HEADLINES

Penunggang p-hailing gesa pendedahan lanjut RUU Pekerja Gig sebelum dibentang di Parlimen

Persatuan menekankan kepentingan penerangan lanjut diberikan berkaitan mekanisma dan kaedah pelaksanaan bagi melindungi hak pekerja gig

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) memohon kerajaan memberikan penerangan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig sebelum ia dibentangkan di Parlimen, Disember ini.

Penghantar menerusi kenyataannya merakamkan penghargaan kepada Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) kerana merangka RUU berkenaan, bertujuan memberikan perlindungan kepada pekerja gig dalam sektor e-hailing dan p-hailing.

Bagaimanapun, persatuan itu menekankan kepentingan penerangan lanjut diberikan berkaitan mekanisme dan kaedah pelaksanaan setiap kerangka utama yang akan diwujudkan kelak.

“Sebagai salah satu pemegang taruh yang terlibat dalam sektor ini, kami berharap RUU Pekerja Gig benar-benar memberi impak positif kepada industri, dan dapat menyelesaikan isu serta permasalahan rakan pemandu e-hailing dan rakan penghantar p-hailing.

“Penghantar mencadangkan sidang meja bulat diadakan dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), wakil NGO dan komuniti serta wakil rakan e-hailing dan p-hailing. 

“Kami percaya ia akan menjadi entiti semak dan imbang serta dapat mengharmonikan lagi setiap kerangka dasar dan perundangan yang akan dilaksanakan selepas RUU ini diluluskan,’’ katanya dalam kenyataan semalam.

Penghantar percaya RUU Pekerja Gig akan menjadi titik permulaan kepada agenda kerajaan untuk membela kebajikan pekerja gig.

Pada 3 November lalu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata RUU Pekerja Gig ini akan diwujudkan selaras dengan negara-negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Australia.

Ia bagi memberikan perlindungan kepada mereka yang bekerja di bawah sektor berkenaan seperti pemandu e-hailing dan p-hailing yang selama ini tidak mendapat pembelaan di bawah akta kerja kerana tidak ditakrifkan sebagai pekerja.

“Satu langkah tatakelola baik, tadbir urus yang baik untuk memberikan hak kepada pekerja kita. Jadi itulah apa yang kita laksanakan dalam masa lapan hingga 10 bulan lepas. Semuanya untuk mewujudkan atau memberikan martabat, karamah insaniah kepada warga pekerja kita,”  kata Sim dalam satu program di Perlis.

Dijangka dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama pada Disember ini, RUU ini memberikan perlindungan kepada pekerja gig sama ada sepenuh atau separa masa

Ia termasuk kos rawatan dan perubatan pekerja gig, seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber memberitahu Scoop, empat perkara asas diberikan perhatian dalam RUU ini iaitu definisi pekerja gig, pampasan asas, perlindungan keselamatan sosial dan penyelesaian pertikaian menerusi Tribunal Pekerja Gig. – 14 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related