HEADLINES

Sistem AP masih relevan, perlu dikekalkan kerana…

Menurut Tengku Zafrul, pemansuhan AP boleh mendorong kepada pengimportan atau lambakan kenderaan CBU import yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna

4:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sistem duti import (AP) masih relevan dan perlu dikekalkan bagi menyokong perkembangan industri automotif tempatan supaya selaras dengan halatuju Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemansuhan AP boleh mendorong kepada pengimportan atau lambakan kenderaan CBU import yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.

Malah katanya, AP juga merupakan satu mekanisme pengumpulan data dan maklumat bagi tujuan pengawalseliaan dan penambahbaikan ke atas dasar dan garis panduan semasa berkaitan pembangunan sektor automotif di Malaysia.

“Kenderaan CBU baharu atau terpakai boleh diimport melalui mekanisma AP sedia ada tetapi hendaklah tertakluk kepada syarat dikenakan oleh Miti seperti ekuiti Bumiputera, modal berbayar minimum dan lain-lain.

“Mekanisma AP juga bertujuan untuk membangunkan industri automotif secara inklusif yang merangkumi agenda meningkatkan penglibatan usahawan Bumiputera dalam rantaian bekalan industri automotif,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang bertanyakan sebab-sebab kerajaan tidak memansuhkan AP serta mengecualikan segala cukai termasuk duti eksais dan import terhadap semua jenis kenderaan elektrik (EV) termasuk komersial dan motosikal untuk menangani pencemaran udara.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, menerusi Bajet 2023, pengecualian duti import dan duti eksais disediakan oleh kerajaan adalah terpakai kepada semua jenis EV termasuk komersial dan motosikal.

Sementara itu katanya, EV yang diimport dalam bentuk CBU, insentif tersebut terpakai sehingga 2025 manakala bagi EV yang dipasang secara tempatan (CKD) pula sehingga 2027.

“Bilangan EV yang berdaftar di Malaysia sejak 2011 sehingga September 2023, secara khususnya jenis Battery Electric Vehicle (BEV) untuk kesemua jenis kenderaan termasuk komersial dan motosikal mencecah 12,000 unit.

“Bilangan EV berdaftar mencecah 3,400 unit pada 2022 dan 7,500 unit pada 2023 (sehingga September), berbanding purata 300 unit pada tahun-tahun sebelumnya,” katanya. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related