HEADLINES

Kontena hempap kereta: pemandu treler didakwa esok

Lelaki berusia 51 tahun itu akan didakwa esok selepas tempoh tahanan reman berakhir hari ini

6:13 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM — Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Tengah pada Rabu lepas akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam di sini esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Helmi Aris ketika dihubungi Bernama mengesahkan lelaki berusia 51 tahun itu akan didakwa esok selepas tamat reman hari ini.

“Lelaki itu yang ditahan selepas kemalangan tersebut direman hingga hari ini untuk siasatan lanjut kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah di sini.

Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah adalah pemandu Honda Jazz.

Kemalangan pada 9.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika lima kereta dan sebuah lori dari Jalan Kebun Sirih sedang berhenti di lampu isyarat simpang tiga Jalan Bukit Tengah sebelum sebuah treler kontena dari Jalan Bukit Tengah tiba-tiba membelok ke kiri.

Semalam, ibu mangsa, Lim Sheau Ling, 42, berkata beliau amat berharap tindakan undang-undang mampu mengelakkan nahas yang menimpa Lee Zi Rou, 21, terjadi kepada pengguna jalan raya lain.

“Anak saya tidak akan kembali, jadi saya mahu satu keadilan untuknya dan tidak mahu orang lain pula kena. Anak saya tidak ada salah, dia anak yang baik, rajin dan selalu membantu keluarga.

“Malah sejak di bangku sekolah, mendiang yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu sering bekerja sambilan mencari duit bagi membantu saya dan adik-adiknya,” kata wanita – 17 November, 2024

Topics

 

Hangat

Football for All? Not at this World Cup – T. Vignesh

The 2026 Fifa World Cup was supposed to be football's biggest celebration yet

[WATCH] Sabah’s progress held back by federal influence and weak local unity: Junz Wong

Warisan leader argues state’s resource wealth has not translated into progress, pointing to political fragmentation and comparisons with Sarawak’s stronger cohesion

Police rescue teenagers forced into online sex scam syndicate in Johor

Two minors and one man were rescued in Op Bugil as police uncover abuse, forced labour and extortion by syndicate active since November

Related