◉ HEADLINES

Mara Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia, tak dilulus MoF: PAC

Pembelian hartanah tersebut telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kini, masih dalam perbicaraan mahkamah

12:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati Mara Inc melakukan pembelian hartanah terlebih nilai di London, United Kingdom (UK) dan Melbourne, Australia.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, transaksi itu membabitkan pembelian Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne, pada 2013.

Beliau berkata, diikuti Beaumont House di London pada 2014, yang juga tidak diluluskan Kementerian Kewangan (MoF).

“Namun KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) telah merayu dan perkara ini telah dibawa kepada Majlis Ekonomi, yang kemudiannya memberi kelulusan pada tahun 2013.

“Kes pembelian hartanah terlebih nilai di Melbourne, Australia telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kini, masih dalam perbicaraan mahkamah.

“Perkara berkenaan merupakan antara penemuan PAC yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, PAC mengesorkan KKDW, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp) dan Mara Inc memastikan cadangan pelaburan sama ada dalam dan luar negara termasuk pemerolehan aset yang bernilai tinggi seperti hartanah mematuhi dasar terkini kerajaan dengan memberi keutamaan dalam pelaburan domestik.

“Cadangan tersebut perlu mendapat kelulusan MoF terlebih dahulu dan keputusan MoF perlu dipatuhi bagi mengelakkan skandal pembelian hartanah tidak berulang.

“Penemuan dan syor PAC berhubung Pengurusan Mara Inc adalah hasil daripada tiga prosiding yang telah diadakan pada 30 Julai 2024, 31 Julai 2024 dan 19 September 2024,” katanya.

Setakat ini, lima individu telah dipanggil untuk dirakamkan keterangan oleh PAC antaranya Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Roslan Abu Bakar; Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar; Ketua Pengarah Mara, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf; Pengarah Perancangan Korporat Kumpulan Mara Corp, Datuk Amir Azhar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Mara Inc, Mohd Fadzil Mohd Idris.

Sementara itu, PAC berpendapat tindakan Mara Inc memohon penukaran hutang sedia ada Premiera Hotel kepada ekuiti buat kali kedua selepas kali pertama pada 2015 adalah langkah yang seharusnya tidak berulang.

“Jawatankuasa tersebut mengesyorkan KKDW, Mara, Mara Corp dan Mara Inc perlu memastikan Premiera Hotel mempunyai perancangan yang jelas untuk memastikan penukaran hutang kepada ekuiti dapat membantu memberi pulangan ke arah kelestarian syarikat,” katanya. – 26 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related