HEADLINES

Ahli Parlimen Bukit Gantang kecewa Muhyiddin enggan beri peluang muka baharu pimpin parti

"Saya sangat kecewa dengan keputusan presiden, kenapa tak beri laluan kepada muka-muka baharu. Tidak sampai satu hari buat keputusan dah buat pusingan U atas nasihat isterinya."

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kecewa dengan tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang membuat pusingan U untuk bertanding semula dalam pemilihan parti itu.

Menurutnya, Muhyiddin sepatutnya memberi ruang kepada muka baharu untuk memimpin parti berkenaan.

“Saya sangat kecewa dengan keputusan presiden, kenapa tak beri laluan kepada muka-muka baharu. Tidak sampai satu hari buat keputusan dah buat pusingan U atas nasihat isterinya,’’ katanya dalam wawancara dengan portal Malaysia Gazette semalam.

Muhyiddin sebelum ini membuat pusingan U apabila menawar diri untuk mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan Bersatu akan datang selepas sehari sebelumnya menyuarakan hasrat untuk tidak bertanding.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat restu daripada isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sokongan terbuka yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syed Abu Hussin berkata, beliau berbuat demikian kerana sudah penat dengan kerenah pucuk pimpinan.

Jelasnya, pucuk pimpinan memberi alasan syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Perpaduan untuk mengadakan rundingan bagi mendapatkan peruntukan di kawasan Parlimen adalah ketat tetapi tidak menyatakan syarat yang dikenakan itu.

“Pucuk pimpinan parti Perikatan Nasional (PN) sepatutnya buat sidang media dan nyatakan apa syarat ketat yang diminta itu supaya rakyat boleh membuat penilaian sendiri tapi bila ditanya mereka tidak mahu menyatakan apa syarat itu.

“Susah setahun Ahli Parlimen pembangkang asyik sebut mahukan peruntukan tapi bila ajak berunding, mereka tidak mahu,’’ katanya.

Pada 28 November lalu, Syed Abu Hussin telah mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjadi Ahli Parlimen kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Mengulas lanjut, Syed Abu Hussin menegaskan beliau tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Bukit Gantang sebaliknya akan terus berkhidmat kepada rakyat.

“Saya tidak melanggar perlembagaan parti, jika parti melarang mereka boleh memecat saya. Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat selagi diperlukan di Bukit Gantang.

“Semasa menyatakan sokongan kepada Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini, saya adalah Ahli Parlimen Bebas.

“Yang penting ialah khidmat saya kepada rakyat, tak kira platform mana sekali pun. Jika mereka nak pecat saya, tak apa dan kalau nak kekalkan juga, pun tak apa,’’ katanya.

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin turut mengulas mengenai tindakan segelintir Ahli Parlimen yang bersikap ‘biadap’ dengan bertekak dan mengeluarkan kata-kata ‘maki’ di Parlimen.

Tindakan berkenaan, katanya boleh membuatkan rakyat hilang kepercayaan dalam sistem politik negara.

“Ini bukan masa untuk bercakap dalam keadaan biadap, cakap tak ada ‘point’ hanya caci hamun,’’ katanya. – 1 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related