HEADLINES

Pindaan Akta 588: Kerajaan beri jaminan tidak halang kebebasan bersuara, kekang jenayah siber

'Kerajaan sentiasa komited terhadap kebebasan bersuara tetapi pada masa sama memastikan ia tidak disalahgunakan untuk jenayah siber' : MCMC

2:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bukan bertujuan menghalang kebebasan bersuara sebaliknya untuk mengekang aktiviti jenayah siber dalam platform media sosial yang semakin berleluasa.

Kes-kes seperti pengantunan kanak-kanak, pembuli, penipuan love scam dan jenyah dalam talian yang semakin meningkat perlu dibendung dengan segera.

Inilah yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan media sosial tidak disalahguna untuk jenayah siber tetapi pada masa sama mempertahankan aspek kebebasan bersuara.

“Kerajaan sentiasa komited terhadap kebebasan bersuara tetapi memastikan ia tidak disalahgunakan untuk jenayah siber,’’ kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Perkara ini sering dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang sentiasa menekankan kepada keperluan proaktif untuk membendung jenayah siber itu.

“Kita tidak mahu melindungi penipu, pedophile dan pembuli. Idea di sini ialah kami membawa ke Parlimen satu set undang-undang untuk menangani lonjakan jenayah yang berpindah ke media sosial,’’ kata Fahmi baru-baru ini.

Malah jika dilihat kepada statistik Majlis Keselamatan Negara (MKN), kes-kes penipuan dalam talian ini mengakibatkan kerugian hingga berbilion ringgit.

Bagi kes penipuan (scam) di Malaysia pada 2023, kerugian yang direkodkan ialah sebanyak RM1.218 bilion dengan 34,497 kes dilaporkan dan 12,851 kes didakwa di mahkamah.

Bagi penipuan melibatkan telekomunikasi pula, sebanyak 10,348 kes dilaporkan membabitkan kerugian sebanyak RM352 juta.

Manakala bagi kes jenayah dalam talian di Malaysia mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) – Awani pada 2023 pula, sebanyak 34,532 kes dilaporkan melibatkan peningkatan 35.5%.

Jenayah e-Dagang merupakan yang tertinggi, menyumbang sebanyak 33.2%, diikuti telekomunikasi (30%), pelaburan tidak wujud (15.6%), pinjaman tidak wujud (12.3%), e-Kewangan (6.1%) dan Love Scam (2.7%).

Sementara bagi jenayah Love Scam, 78.2% mangsa adalah wanita dengan kumpulan umur tertinggi yang terlibat ialah dalam lingkungan 41- 50 tahun (24.3%).

Bagi jenayah seksual melibatkan kanak-kanak pula, ia merekodkan peningkatan iaitu sebanyak 26.5% kepada 1,567 kes dengan peningkatan tertinggi dalam pornografi kanak-kanak (139.3%) diikuti pengantunan kanak-kanak (100%), dan amang seksual secara bukan fizikal (97%).

Manakala statistik daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi jenayah penipuan di Malaysia sehingga Mei 2024 lalu merekodkan 37,002 panggilan daripada mangsa scam.

Sebanyak RM203.33 juta kerugian dilaporkan setakat Mei 2024 manakala jumlah keseluruhan panggilan sejak Oktober 2022 hingga Mei lalu ialah 95,094 panggilan.

Bagi kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, sebanyak 10,649 kertas siasatan dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 74 kertas siasatan bagi kes pengubahan wang haram dan 637 akaun dibekukan, melibatkan jumlah RM72.38 juta.

Sementara 131 nombor telefon ditamatkan kerana terlibat dalam penipuan manakala 112 nombor talian yang mencurigakan telah disekat. – 27 November, 2024

Topics

 

Hangat

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related