HEADLINES

Kertas siasatan FashionValet telah siap: SPRM

5:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang, FashionValet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan ini telah diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

“Keputusan berhubung siasatan ini akan diperolehi dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahalu SPRM menjalankan siasatan terhadap kerugian pelaburan sebanyak RM43.9 juta melibatkan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam platform e-dagang FashionValet.

Pada 5 November lalu, Scoop melaporkan berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pada Disember 2018, FashionValet membeli 30 Maple Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat yang kelihatan dimiliki sepenuhnya oleh pempengaruh media sosial Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar, pada harga RM95 juta.

Pembelian itu dibuat pada 2018, iaitu tahun sama di mana Khazanah dan PNB membuat pelaburan sebanyak RM47 juta dalam FashionValet, iaitu syarikat yang diasas bersama oleh Vivy dan Fadzaruddin.

Laporan tahunan FashionValet pada 2018 menilai jenama 30 Maple pada harga RM68.8 juta dan nilai tambah pada RM21 juta.
Difahamkan 30 Maple memasarkan produk di bawah jenama Duck.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian Kewangan baru-baru ini mendedahkan Khazanah dan PNB entiti menjual pegangan RM47 juta hanya untuk RM3.1 juta, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai kerana ia melibatkan dana awam.

Menurut Kementerian Kewangan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham FashionValet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” menurut kementerian itu.

Berikutan itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta dalam platform e-dagang FashionValet pada Disember ini.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, prosiding yang dijangka bermula pada minggu kedua Disember itu akan memanggil Khazanah dan PNB untuk menjelaskan mengenai pelaburan berkenaan. – 28 November, 2024

Topics

 

Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Related