◉ HEADLINES

Kepimpinan Bersatu Subang, Pasir Salak umum letak jawatan, keluar parti

Setiausaha Bersatu Subang, Wan Ahmad Shukrie, berkata keputusan itu dibuat atas dasar prinsip dan integriti, manakala AJK Pasir Salak mendakwa bahagian mereka kini terbubar selepas hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin

11:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan kepimpinan Bersatu di dua bahagian utama, Subang dan Pasir Salak, mengumumkan peletakan jawatan serta keluar parti, atas alasan hilang kepercayaan terhadap Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Bersatu Subang, Wan Ahmad Shukrie, berkata tindakan itu dibuat atas dasar prinsip dan integriti selepas mendapati hala tuju pimpinan tertinggi tidak lagi selari dengan mandat akar umbi.

“Masa depan sesebuah wadah perjuangan politik tidak seharusnya bersandarkan kepada survival kelompok kecil, sebaliknya ia mesti berpaksikan kepada mandat rakyat dan aspirasi akar umbi,” katanya.

“Atas dasar prinsip yang tidak boleh dikompromi, kami selaku barisan kepimpinan Jawatankuasa Bersatu Bahagian Subang meletak jawatan secara kolektif daripada semua jawatan yang disandang.”

Subang: Kepimpinan utama angkat kaki

Antara yang meletak jawatan ialah Ketua Bahagian Asyraf Halim, Timbalan Mohd Shahril Hashim, Naib Ketua Iskandar Al Quyyum, Timbalan Pengerusi Tetap Azhari Yusof, Bendahari Adleezan Pakhalan serta Ketua Penerangan, Ketua Armada dan Ketua Sayap Bersekutu bersama barisan AJK lain.

Wan Ahmad Shukrie menambah keputusan itu diambil dengan berat hati tetapi penuh tanggungjawab.

“Apabila visi perjuangan asal mula terhakis, integriti menuntut kami untuk mengundur diri secara terhormat.”

Pasir Salak: Bahagian “terbubar”

Dalam perkembangan sama, seluruh AJK Bersatu Bahagian Pasir Salak turut meletak jawatan selepas mesyuarat khas semalam. Kenyataan itu dibacakan Pemangku Timbalan Ketua Bahagian, Mohamad Zahid Aman Nauri.

Antara yang berundur termasuk Naib Ketua Bahagian Mohamad Zainal Abidin Saini, Setiausaha Abdul Manaf Saud, Bendahari Mohamad Aiman Abdul Majid, Ketua Penerangan Nor Azman Askar serta lebih 10 AJK lain termasuk lantikan.

“Tindakan ini dilakukan atas faktor kami hilang kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden,” kata Zahid, sambil mendakwa bahagian Pasir Salak kini secara rasmi terbubar. – 21 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

So close yet so far for Aaron-Wooi Yik, emerges as Malaysia Open 2026 runners-up

The world No. 2 pair lost a hard‑fought final to South Korea’s Kim Won Ho–Seo Seung Jae

‘Siapa dia nak tentukan saya boleh sertai PN atau tidak’ Hamzah bidas Muhyiddin

'Kalau sayalah jadi presiden, walaupun saya adalah pengasas parti, tapi kalau dah ramai sangat berhenti, maka itu menunjukkan parti ini tiada lagi dokongan daripada pemimpin bahagian, kata Hamzah

Sistem apa nak guna untuk pengagihan subsidi RON95? Mykad atau sistem khas, soal Ka Siong

'Sebelum ini saya cadangkan subsidi petrol ditentukan berdasarkan jenis dan nilai kenderaan, bukan berdasarkan kepada pendapatan individu semata-mata,' kata Wee Ka Siong

◉ Related