HEADLINES

‘Siapa dia nak tentukan saya boleh sertai PN atau tidak’ Hamzah bidas Muhyiddin

'Kalau sayalah jadi presiden, walaupun saya adalah pengasas parti, tapi kalau dah ramai sangat berhenti, maka itu menunjukkan parti ini tiada lagi dokongan daripada pemimpin bahagian, kata Hamzah

2:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempersoalkan ‘siapa’ Tan Sri Muhyiddin Yassin hingga boleh menentukan sama ada beliau boleh menyertai Perikatan Nasional (PN) atau tidak.

Menurut Ketua Pembangkang, kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin sebelum ini, seolah-olah menunjukkan Ahli Parlimen Pagoh itu yang berkuasa untuk menentukan penyertaannya dalam PN.

“Dia kata saya tak boleh jadi ahli PN. Siapa dia nak tentukan?

“Saya nak tanya dia, kalau saya boleh jadi ahli PN, adakah dia akan berhenti?

“Kalau dia kata nak berhenti, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi ahli PN supaya dia boleh berhenti,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Moreh Perdana dan Pelancaran Gempur Rasuah Negeri Sembilan anjuran Bersatu Bahagian Port Dickson, malam tadi.

Baru-baru ini, Muhyiddin dilaporkan tidak mampu membayangkan kerjasama dengan Hamzah pada tempoh terdekat ini kerana beliau sudah tidak mempercayai nama itu lagi.

Menurut Muhyiddin, beliau sendiri akan menolak sekiranya Hamzah bersama rumah baharunya kelak mahu menyertai Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana katanya, hak menerima keahlian dalam PN bukannya datang daripada satu pihak sahaja, sebaliknya dengan persetujuan parti komponen.

Pada 3 Mac lalu, Hamzah mengesahkan perbincangan sedang dijalankan dengan Parti Keluarga Malaysia bagi menerajui parti tersebut.

Perbincangan tersebut termasuk mengenai perkara melibatkan teknikal.

Dalam pada itu, Hamzah berkata beliau tidak menyangka bahawa ramai dalam kalangan kepimpinan Bersatu termasuklah 118 Ketua bahagian menyokongnya selepas dipecat.

Keadaan ini, ujar beliau, secara tidak langsung menunjukkan parti itu tidak lagi mendapat sokongan ketua bahagian.

“Saya dapat tahu dah melebihi 60 bahagian yang dibubarkan.

“Kalau sayalah jadi presiden, walaupun saya adalah pengasas parti, tapi kalau dah ramai sangat berhenti, maka itu menunjukkan parti ini tiada lagi dokongan daripada pemimpin bahagian,” katanya. – 7 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related