◉ HEADLINES

UMPSA dalam proses ambil tindakan ke atas pelajar sebar hantaran sentuh 3R

Siasatan lengkap telah dijalankan dan pendakwaan akan dilaksanakan oleh urusetia tatatertib pelajar

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sedang dalam proses mengambil tindakan tatatertib ke atas seorang pelajar yang disyaki menyebar kandungan media sosial yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias berkata, tindakan itu selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur yang berkuat kuasa.

“Kita akan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan tegas berhubung kejadian tidak beradab dan menghina agama Islam melibatkan pelajar ini.

“Susulan kejadian ini, siasatan lengkap telah dijalankan dan pendakwaan akan dilaksanakan oleh urusetia tatatertib pelajar,’’ katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Yatimah, dalam Seksyen 15D Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) juga memperuntukkan pelajar boleh digantung pengajian serta merta sebaik sahaja dituduh sehingga kes jenayah selesai.

Jelasnya, merujuk kepada Kaedah 58 Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah) (Tataterib Pelajar) 2024 jika sabit kesalahan pelajar boleh dihukum sehingga membawa kepada hukuman dibuang daripada universiti.

Yatimah turut memberitahu, UMPSA mempunyai komuniti pelajar yang berbilang kaum, agama, bangsa dan negara serta sentiasa mengamalkan nilai saling menghormati.

“Kita sekeras-kerasnya menolak sebarang bentuk penghinaan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian agama dan kaum.

“Apatah lagi sentimen 3R ini tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu menjaga batasan serta sensitiviti yang boleh mencetuskan pelbagai reaksi warga maya, termasuk komen atau status yang menyentuh isu sensitif di platform media sosial”, katanya.

Terdahulu Yatimah telah menerima memorandum yang disampaikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed bagi menuntut tindakan tegas daripada universiti itu terhadap pelajar terbabit.- 28 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related