HEADLINES

2 beradik maut dalam kejadian tanah runtuh di Terengganu

Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemukan masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang tadi

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas rumah mereka dihempap tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, di Kuala Berang, pada jam 4.30 petang tadi.

Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemukan masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang tadi.

Sementara seorang lagi yang terselamat, Uzair, 17, ditemukan pada jam 5.17 petang dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, lapor Berita Harian.

Terdahulu media melaporkan tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.

Kenyataan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu memaklumkan panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 4.59 petang sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan dibantu BBP Wakaf Tapai ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi didapati tanah runtuh telah menghempap rumah. Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada 5.17 petang tadi.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah mengaktifkan Unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) ke lokasi. Kerja-kerja operasi sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu. – 29 November, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

[UPDATED]Batu Caves escalator bid rejected due to application technicality, says S’gor exco

The application was made under the name of a private individual, says V.Papparaidu

Related