◉ HEADLINES

Penyasaran subsidi pastikan 85% rakyat terima faedah: Anwar

Langkah itu juga bertujuan mengelakkan manfaat subsidi dinikmati golongan kaya selain kira-kira 3.5 juta warga asing di negara ini

10:48 PM MYT

 

PADANG BESAR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bertujuan memastikan faedahnya benar-benar dinikmati oleh 80 hingga 85 peratus rakyat.

Beliau berkata langkah itu juga bertujuan mengelakkan manfaat subsidi dinikmati golongan kaya selain kira-kira 3.5 juta warga asing di negara ini.

“Kita bagi subsidi minyak siapa yang peroleh untung sekarang? Ya rakyat Malaysia … 3.5 juta atau hampir empat juta orang asing pun dapat subsidi minyak, kerana kita bagi subsidi kepada semua.

“Orang paling kaya di dalam negara kita pun dapat subsidi minyak, jadi kita kena cari jalan bagaimana kita boleh gunakan apa yang disebut penyasaran subsidi supaya faedah subsidi itu dipulangkan langsung kepada 80 ke 85 peratus rakyat,” katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat Perlis di Felda Chuping di sini hari ini.

Beliau berkata langkah sama turut dilaksanakan kerajaan membabitkan tarif elektrik iaitu peningkatan tarif hanya memberi kesan kepada 15 peratus rakyat yang berpendapatan tinggi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kenaikan tarif elektrik juga hanya kepada syarikat-syarikat dan kilang, sedangkan rakyat kebanyakan tidak berhadapan dengan kenaikan tarif terbabit.

Anwar berkata bagi minyak diesel pula, penyasaran subsidi bertujuan memastikan ketirisan dan penyeludupan yang berlaku sejak sekian lama dan menyebabkan kerugian puluhan bilion setiap tahun dapat dihentikan.

“Sebab itu saya kata, penyasaran subsidi maknanya naik harga bagi 15 peratus rakyat berpendapatan tertinggi dan orang asing, tetapi tidak membebankan (rakyat).

“Kalau kita lakukan apa-apa perubahan berkaitan diesel mesti tentukan perkhidmatan awam, lori-lori Felda, nelayan, bas sekolah, jabatan kerajaan itu tidak dikenakan kenaikan diesel,” katanya.

Anwar berkata kerajaan bersedia mendengar pandangan dan teguran berkaitan penyasaran subsidi dan menekankan kepentingan untuk kerajaan menambah hasil pendapatan negara.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. – 1 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Terengganu MB Samsuri takes helm as opposition leader

PN Supreme Council unanimously backs Ahmad Samsuri to lead opposition and explore broader alliances

◉ Related