HEADLINES

MoU peruntukan pembangkang: ‘Ada ke draf kedua? kalau tidak ikhlas, tak payah’ kata Muhyiddin

'Zaman saya (jadi Perdana Menteri) tidak ada MoU pun, RM300,000 apa lah sangat. Tidak ada masalah, bagi sahaja kalau niat itu baik, bukan untuk parti tapi untuk rakyat,' katanya

1:39 PM MYT

 

SHAH ALAM – Tiada keperluan bagi kerajaan membuat draf kedua Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen sekiranya tidak ikhlas untuk memberikannya.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan kewujudan MoU itu setakat ini hanyalah bersifat andaian.

Beliau berkata, kerana itu juga pembangkang menolak draf pertama berikutan syarat ditetapkan yang tidak boleh diterima.

“Ada ke? Saya ini pengerusi PN (Perikatan Nasional) kita pembangkang nak tanya ada ke draf kedua?. Itu andaian, draf pertama kita sudah tolak asasnya kita sudah tahu ia tidak boleh diterima sebab itu kita tolak.

“Saya dengar dia nak buat draf kedua, sedangkan zaman saya (jadi Perdana Menteri) tidak ada MoU pun, RM300,000 apa lah sangat. Tidak ada masalah, bagi sahaja kalau niat itu baik, bukan untuk parti tapi untuk rakyat agar wakil rakyat itu dibantu.

“Mengapa tidak boleh tolong, kata banyak duit, berbilion trilion, sedikit tidak boleh bantu, jadinya tidak payah MoU la, kalau niat itu tidak ikhlas, esok saya (kerajaan) bagi sahaja,” katanya pada sidang media selepas ucapan perasmian Perhimpunan Agung Bersatu, hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, ketika menjadi kerajaan sebelum ini isu pemberian peruntukan kepada pembangkang tidak timbul.

“Kami lakukan (berikan peruntukan) dengan pembangkang pada zaman kami, dan kita tidak pernah mainkan isu ketika itu.

“Sebab tidak ada wakil pembangkang yang datang jumpa saya minta peruntukan. Kami yang bagi. Tidak boleh ke ikut contoh baik PN,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bahawa PN bersedia untuk kembali berunding berkait MoU itu.

Beliau berkata, pertemuan telah diadakan antara beliau dan Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini.

Susulan itu Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mengalu-alukan PN untuk kembali ke meja rundingan bagi membincangkan MoU berkenaan.

September lalu, Hamzah mengesahkan ketetapan sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Hamzah memberitahu penolakan draf MoU itu dibuat atas empat sebab fundamental kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama, selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa, serta mengongkong kebebasan. – 30 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related