HEADLINES

Kopi Saigon tiada kaitan dengan Ahli Parlimen PAS, Siti Mastura

Baru-baru ini terdapat individu di akaun X mendakwa Siti Mastura mendapat komisen 50% daripada setiap cawangan Kopi Saigon

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rangkaian kedai kopi, Kopi Saigon menafikan ia mempunyai kaitan dengan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad dan menegaskan tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan mana-mana parti politik di Malaysia.

Menerusi kenyataannya, Kopi Saigon berkata jenama kedai kopi itu adalah untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Malah, katanya, kunjungan Ahli Parlimen PAS itu ke salah satu cawangan Kopi Saigon di Penaga, Pulau Pinang baru-baru ini adalah atas inisiatifnya sendiri tanpa sebarang jemputan rasmi.

“Tiada sebarang bayaran atau imbuhan yang diberikan oleh pihak Kopi Saigon.

“Kandungan yang dimuat naik ke akaun media sosial milik beliau sebelum ini juga adalah atas inisiatifnya sendiri untuk mempromosikan perniagaan tempatan di kawasan Parlimen Kepala Batas,’’ katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini terdapat individu di dalam akaun X mendakwa Siti Mastura mendapat komisen 50% daripada setiap cawangan Kopi Saigon selepas beliau memuat naik rakaman di cawangan tersebut, sambil bermesra dengan orang ramai.

Dalam pada itu, Kopi Saigon memberitahu, Siti Mastura telah menurunkan kandungan tersebut akaun media sosial beliau bagi mengelakkan sebarang salah faham atau kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, Kopi Saigon turut meminta pemilik akaun X yang membuat tuduhan berkenaan supaya memadamkan hantaran tersebut.

“Pihak kami telah meminta pemilik akaun tersebut untuk memadam hantaran tersebut bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil bagi melindungi reputasi Kopi Saigon,’’ katanya. – 8 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related