HEADLINES

Dakwaan subsidi RON95, Diesel ditarik dan cukai baharu dilaksana, tidak benar: Fahmi

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata perkara tersebut belum lagi dibincang di peringkat Jemaah Menteri

8:11 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Dakwaan kononnya kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel pada tahun ini sepertimana yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata perkara tersebut belum lagi dibincang di peringkat Jemaah Menteri.

Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular dalam media sosial.

“Sekali lagi ini adalah sebaran yang tidak mempunyai maklumat yang tepat, menimbulkan kecurigaan dan kegusaran awam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Justeru, Fahmi menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat sebaliknya merujuk kepada Kementerian Kewangan jika terdapat sebarang keraguan.

Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai insiden seorang pempengaruh yang mendakwa tiga wakil Perikatan Nasional telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

“Hal ini terbukti palsu dan satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai Istana Negara terhadap individu tersebut dan kita serah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan ada menerima laporan berkaitan dakwaan Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin, bahawa tiga wakil PN telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong dan kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Kenyataan Chegu Bard didakwa dibuat menerusi sebuah video berdurasi 52 saat yang disiarkan menerusi aplikasi TikTok atas akaun “Alias Official.”

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kekosongan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) belum diisi kerana Kementerian Komunikasi dalam proses merombak agensi itu.

Beliau berkata proses itu akan mengambil sedikit masa namun pihaknya telah mengadakan perbincangan awal dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related